Sampai sudah di Gold Coast-part 1

 

 Kami memang terkenal dengan last minute nak kemana-mana.......
Hujung june, lepas keje sabtu kami saja g jejalan g brothers ampang pas tu singgah makan kat ampang...lam pale otak kami dok fikir nak ke mana tempat tuk relax murah dan tak jauh dari KL.........

Alhamdulillah dapat idea pegi Sepang...dari ampang masuk MRR2 then masuk ke MEX highway putrajaya tu..exit ke dengkil sampai jalan macam nak ke airport tu lepas tu masuk kiri pastu cari lah signboard ke sepang..perjalanan amik masa lam sejam kot..

Sampai Sepang kami masuk ke area Sepang Gold Coast, nak wat caner nak g australia tak mampu lagi kan..kita lawat lam mesia dlu norrr...

Masa otw ke Sepang dah call Hotel Seri Malaysia..tapi penuh pulok..bila sampai area sana banyak kami walk in mana yang ada number kat luar chalet tu kami call terus..tak silap selang sebelah seri malaysia ada satu chalet jabatan perikanan tak silap lupa dah ..pun penuh..tempat ni baru gak ..penuh pasal ada hari polis buat majlis apa dah..

Walk in lah ke chalet kayu tepi laut tu..pun penuh juga..nampak menor ramai orang stress memerlukan percutian kot..hahaha memandai jer..pelik juga wekend camni pun penuh..maybe orang dah dapat gaji kot..

Semua chalet kami call ada berjawab cuma di Bagan Villa tak berjawab..hermm hampa masa tu..lau tak dapat chalet kami plan tidoq lam kete, cari lagi sampai hujung jalan mati...siap tapau ayam goreng dengan rojak..sambil dok kami cadang nak dail lagi kat Bagan Villaaa..alhamdulillah panggilan berjawab, kok bunyinya gaya di indonesia aku inih..hahaha..ingat gue tersalah dail number tadi..siap confirm kan masa cakap..ini bagan villa ker..iya bagan villa..ada kekosongan lagi?...ada satu bilik saja tinggal RM80..syukur ada 1 lg..masa tengah cakap tu F ingatkan saya suh bagi nama for booking..

Vrooom dengan pantas ke BVilla..proses pendaftaran bermula..patutla bunyinya seperti di seberang rupanya pembantu pemilik villa yang jawab..ala ala wak gitu..masa tunggu ada sorang minah datang pun walk in nak tanya ada kekosongan..hampa untuk dia sebab last bilik tu rezki kami pada hari tu..

Lokasi Bagan Villa ni best sebab 3 minit dengan Sepang gold Coast, boleh lihat kehijauan alam dengan bunga-bunga yang cantik..tempat pun bersih..Bilik kami dok ni kira leh duk lam 5 orang..mula-mula kami masuk tgk aircond cam sebelah mata jerk..acond lama katakan..tapi haaa hamikk ko!!! sejuk ok...sejuk bangat..............Rm 80 tak termasuk makan..makan p cari sendri..kata wak tu lepas LEBARAN akan naik harga bilik...saya..hah lebaran????!! lebaran tu lepas raya la oiii(dalam ati)...pekat nor bahasa wak neh...

*
*
*
*
*
*
*
*

harap Pn Intan lau terjumpa blog neh..tak payah naik kan harga ni eh
 
 yang tengah tu reception


view bilik lain..kete bleh paking depan


view dalam bilik...






best jer buka pintu nampak hijau..dengan bunga-bunga



 pagi-pagi ada bunyi burung.......



***chalet ni bersih ..luas juga..persekitaran yang bersih..tempat makan keliling hadoo..to be continue





 


















 









No comments: