Cantik sangat ke?? Gold Coast - part 3

 

Misi mencari sarapan.......

Bangun awal pagi buka pintu chalet merupakan suasana yang sangat menyamankan dan dapat lepaskan tekanan sambil dengar bunyi kicauan burung dengan pemandangan bunga-bunga serta kehijauan alam. 

Sarapan beli sendri..kat area situ banyak ada kedai makan..Kami cuba di foodcourt lebih kurang 5 min naik kete dari chalet. Kualiti nasi lemak tak berapa sedap..Lepas makan kami jejalan tepi pantai sambil melihat berbelas-belas khemah yang ada..

sempat kami interview pokcik...rupanya dia sering berkhemah di tepi pantai ni..kali ni dia bersama group kekawan nya..dia ada menjala ikan dan nasib ok dapat ketam skali..Pokcik kata berkhemah depan foodcourt ni ok sebab polis/rela selalu ronda-ronda dan malam minggu ada karoke , jadi tak lah bosan dan rasa takut..cuma pesanan pokcik jangan berkhemah hujung-hujung sangat pepe jadi payah..


sarapan pagi..rupa ada rasa kurang..





 aktivi awal pagi masing-masing


 keadaan air surut awal pagi view Golden Palm Tree


 bila kira balik berpuluh-puluh khemah..sapa datang dulu kawasan tu korang punyer hua huaa..xbleh reserve eik


nak korek pasir pun ada..rm belas-belas

sebelah foodcourt ada tempat jual peralatan macam-macam ada **colourfull..


sapa lupa bawak tikar bli je..RM15..


FYI: lepas kami jalan sini kami pusing pegi cari nasi lemak kedai lain..sedap juga rasanya kat  kedai-kedai orang lama disitu..siap tapau tuk makan tengahari sekali..kami check out dalam jam 3pm..lebih bayar RM10 sejam..lagi pun dekat dengan KL tak perlu nak rushing





























No comments: