A Famosa-part 1




macam bese percutian dalam mesia ni sume last minute..last month adik ipar plan nak ke genting 8 june to 10 june..tapi di sebabkan school hol sume full book...kami cari tempat cuti yang boleh jalan-jalan di kawasan setempat..cam genting leh main game sekitar hotel..jadi F cadangkan pergi ke A Famosa resort...sebab dalam tu ada activiti dan tak perlu nak keluar jauh-jauh...ada cowboy town, water park & safari park..

mula activity kami mencari apartment murah..sekali sume full book jugak sebab singapore school hol..masa buka web a famosa sebelah kiri dorang ada buat promotion kat shopping complex JJ Kepong 8 to 10 jun tak silap..Hari sabtu pas keje dengan semangat ke sana tuk beli package..hermmm hampa juga okehh..sume bilik penuh..suh staff dia call reservation pun dah close masa tu dah jam 5.30pm pun. Balik lah kami dengan hampa..padahal lam pale otak dok fikir mana nak pegi..tiara beach kat PD tu cam dah bosan jeh..sana pun full act mandi..

Malam tu saya call direct ke a famosa melaka tanya ada aparmt 3 bilik kosong..alhamdllh memang ada tapi mahal sket la. saya terus book bilik tuk 2 hari.. Then saya tanya kenapa kat JJ Kepong tadi kata dah full book..jawapannya marketing tu ada quota nyaaa..Maka esonya ahad kami ke JJ Kepong semula tuk beli tiket murah..semangat tu awal pagi dah kesana penat semalam pun tak ilang lagi..

Alhamdulillah dengan akal bijaksana yang allah beri ni, kami beli promotion di JJ tuk 15 ke 16 june(jumaat dan sabtu tak ramai) tuk 3 bilik dan dapat 6 ticket tuk masuk 3 park harga RM50 dan untuk 16 ke 17 june kami beli direct dari a famosa baki lagi 5 orang kami beli ticket 3 park dalam rm75 seorang....dapat jimat dalam Rm250 kat situ..


 pool view from tower 2 level 9..teringin nak mandi tapi tak pandai berenang haha





No comments: