Kuching 1 sampai ke meowwww sudahhhh

Assalamualaikummmm..

ayat seperti biasa lama xberblog..padahal macam-macam cerita ada cuma belum berkesempatan lagi...

okay last week saya dan F pergi ke meeooooowww aka Kuching, ada masjlis pertunangan cozin F...apa??? bertunang pun nak balik..banyak duit ekau yerkkk...xder lah F kata saja nak jumpa sedara mara so saya follow ajer...pegi kali ni naik MAS, mudah dan senang , wheelchair service seorang petugas untuk satu wheelchair akan anto sampai masuk kapetebang dan macam tu jugak bila dah sampai kuching sorang staff akan tunggu kat pintu kuar..

Elok juga sapa-sapa yang nak travel, masa nak beli tiket suvey air asia dengan Mas skali..kadang-kadang harga antara dua tu tak banyak beza..so naik MAS lagi senang camtu...makan + luggage ..air asia plak nak kene add on itu dan ini..

kami berempat sebenarnya.. + adik + pak mentua..amik flight last sekali 20 april, sampai Kuching 12 pagi camtu..sampai sana dah ada cosin F menunggu kami..yang best tu rumah dia dengan airport 5 minit je dah sampai tak sempat nak tido kat lam kete...hua huaaa...

sampai dah kepenatan gedebuk gedebak jam 3 pagi baru dapat tito..mestila tempat lain bukan senang nak lena..di Sarawak kebanyakan majlis akan mula awal pagi..dalam jam 10 or 11 am ke atas camtu..

Pepagi dah bangun, umah orang tak boleh suka hati kauuu je nak lewat-lewat mangun wat malu jerk..kuar jer bekfest dah siap dihidangkan..

ni pic kami sebelum pegi majlis tak silap jam 9.15am neh.. masa kat KL saya tanya F. 'u pakai baju apa'?..F kata pakai baju itam..saya pun pelik apahal F ni nak pakai baju mlayu itam macam apa jerk..saya pun time tu just ok jer..masa pagi kat sana baru prasan laaa baju saya pun itam ghupanyaaaa....* lempang 10x kang ha3... saya suka jubah tu dari muslimdesign dan tudung plak dari KF hijabi..

malam nyer pulak..uncle F belanja sefood kat TopSeafood agak ramai juga dalam 3 round table kami..thank you Uncle K..






lepas tu balik dengan kenyangnya..alhamdulillahhhh

No comments: