Melaka-- Part 3 (2)

Lepas bekpas pagi tu (isnin) Mr AF..kata nak sambung lagi cuti sehari kat Melaka..location di Pengkalan Balak..tak jauh sangat dari ayer keroh dalam 30 min or 45 min saja tak silap saya. Kami pilih ISMAH RESORT cadangan dari ira kawan saya jumpa semalam tu. Sebelum ni dalam beberapa tahun lepas penah lalu saja pengkalan balak, balik hari dari KL.Dalam banyak-banyak tempat menginap yang tersusun dan bersih pastinya ISMAH resort ni la..kanak-kanak boleh mandi swimming pool yang di sediakan..

hari tu kami walk in saja harga RM110, 2 single bed..ermm boleh la dalamnya pun




malam tu kami tapau di MEDAN SELERA sana, sedap juga..lagi sedap dari MUARA parameswara tu..harga pun berbaloi-baloi..

pagi bekpas tidak disediak buffet yerk yerkk..hanya dihidangkan nasi lemak dengan kuih seketui tuikk..agak melampo bebenor kedekutnya pun..atleast letak la telur goreng ker..nasi lemak pun setakat nasi+timun+sambal+telur suku jerk+ada la kacang sket..kalo ikutkan modal baru RM2.50 sekepala kot..



akhernya kami pegi makan kat luar ..roti telurr..sedap lagi..sini roti canai baru RM0.70 uolss



oh yeaa...untuk pengetahuan sapa-sapa yang tak tau, yang dah tau senyap lah eik..Pengkalan Balak ni tak da jual segala bagai cendremate atau keropok2 atau cencaluk...kami tak sempat nak beli di ayer keroh kononnyer nak beli di PB dan stesen minyak agak jauh juga setakat tinggal setakuk minyak kete baik isi full senang kat tempat lain...esoknya nak balik KL kami ikut masjid tanah dan ntah macam mana terus ke exit tol Simpang Ampat..otw tu ada org jual2 cendramata..........

SEKIAN..lawatan ke MELAKA nyeee

No comments: