hanguss terbakarrr

Sebelum ni jadi kat tempat lain, bila kat tempat sendiri jadi panik gila terus.

KUALA LUMPUR: Pergaduhan dua kumpulan samseng menyebabkan 13 motosikal termasuk empat daripadanya hangus dibakar dalam dua kejadian berasingan di tempat letak motosikal Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan PPR Air Panas, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, kejadian pertama berlaku pada jam 1 pagi menyebabkan tiga motosikal hangus dan sembilan lagi rosak teruk.
Beliau berkata, pada jam 2.30 pagi, sebuah motosikal di Flet PPR Air Panas dibakar kurang 100 meter dari lokasi kejadian pertama.

Kejadian kedua turut membabitkan sebuah kereta Kancil yang sengaja dipecahkan cermin dan difahamkan kedua-dua kenderaan itu dimiliki pemilik sama.

“Pihak bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan dan tiba 10 minit kemudian. Bagaimanapun, api sudah dipadamkan penduduk setempat,” katanya.

sumber: harian metro

atas tu crita dari harian metro..skang crita saya pulak..menda ni jadi pagi semalam lbh kurang jam 12.30am ke atas..saya, mak dan AF baru balik jam 12.15am camtu..saya pergi mandi kasi segar badan sebelum tido..

tetiba bunyi macam benda jatuh.saya buat tak kisah rasa cam tak ada apa-apa..rupa-rupanya tu bunyi menda meletup lama lepas tu asap masuk rumah..kalut kami di buatnya dah la lam umah kami ada 2 orang sakit jantung..mak tengok umah sebelah dah berasap itamm .. dan kami memang cuak sangat ingat rumah sebelah terbakor..haa masa ni lah saya tengah t-shirt dan tuala..tuala panjang okeh..sempat lagi tibai seluar panjang..lam sejarah pakai suar kat luar rumah haha...gelak ko eik padahal masa tu macam-macam rasa ador.. mak dan aboh sempat kuar.

masa turun tangga sempat lagi call 999..sampai bawah rupanya motor terbakor..alhamdulillah rumah selamat. rumah level bawah sket, kesan asap cepat naik ke atas. Bomba sampai berlumba-lumba api dah berjaya dipadamkan oleh hero tempatan huhu...

Kekecohan masih belum reda tapi saya dah naik atas nak tidooo...sampai ke tempat keje pale pening sampai petang..

kot yer pun nak buat jangan menyusahkan orang lain..tak pasal-pasal orang tak bersalah pun kene bakor skali motonya.

Bila ingat balik kepanikan kami sekeluarga bila ingat rumah sebelah terbakar ...saya sempat capai handbag dan handphone saja..masa nak kuar tu terfikir ya allah apa jadi dengan barang-barang yang lain ni tak sempat nak bawa keluar...apa nak jadi dengan kami abis sume...

RASA SYUKUR SANGATT KEPADAMU YA ALLAHH KAMI SEMUA MASIH BERSAMA..

No comments: