Melaka-- Part 3 (2)

Lepas bekpas pagi tu (isnin) Mr AF..kata nak sambung lagi cuti sehari kat Melaka..location di Pengkalan Balak..tak jauh sangat dari ayer keroh dalam 30 min or 45 min saja tak silap saya. Kami pilih ISMAH RESORT cadangan dari ira kawan saya jumpa semalam tu. Sebelum ni dalam beberapa tahun lepas penah lalu saja pengkalan balak, balik hari dari KL.Dalam banyak-banyak tempat menginap yang tersusun dan bersih pastinya ISMAH resort ni la..kanak-kanak boleh mandi swimming pool yang di sediakan..

hari tu kami walk in saja harga RM110, 2 single bed..ermm boleh la dalamnya pun




malam tu kami tapau di MEDAN SELERA sana, sedap juga..lagi sedap dari MUARA parameswara tu..harga pun berbaloi-baloi..

pagi bekpas tidak disediak buffet yerk yerkk..hanya dihidangkan nasi lemak dengan kuih seketui tuikk..agak melampo bebenor kedekutnya pun..atleast letak la telur goreng ker..nasi lemak pun setakat nasi+timun+sambal+telur suku jerk+ada la kacang sket..kalo ikutkan modal baru RM2.50 sekepala kot..



akhernya kami pegi makan kat luar ..roti telurr..sedap lagi..sini roti canai baru RM0.70 uolss



oh yeaa...untuk pengetahuan sapa-sapa yang tak tau, yang dah tau senyap lah eik..Pengkalan Balak ni tak da jual segala bagai cendremate atau keropok2 atau cencaluk...kami tak sempat nak beli di ayer keroh kononnyer nak beli di PB dan stesen minyak agak jauh juga setakat tinggal setakuk minyak kete baik isi full senang kat tempat lain...esoknya nak balik KL kami ikut masjid tanah dan ntah macam mana terus ke exit tol Simpang Ampat..otw tu ada org jual2 cendramata..........

SEKIAN..lawatan ke MELAKA nyeee

Melaka--Part 3 (1)

assalamualaikum...

hari ke tiga...kami bangun awal..saya ni cuti pun bangun awal..dah terbiasa..tetiba kami decide nak cuba breakfast kali ni...call for service buggy ..

alhamdulillah brekfast kali ke 2 ni ada improvement dari segi rasa...tempat pun berbeza..katanya sebab ramai orang jadi dorang guna tempat lain..(semalamnya hari ahad so ramai check in)




kira macam Philea ni tak jaga kualiti makan pulak..tak adil juga padahal semua bayar rate yang sama dan rugi juga untuk mereka yang hanya check in 2D1N sebelumnya sudah tentu komen mereka pada orang lain buruk dengan makanan tak sedapnya..dan untung pula check in 2D1N pada hari ahad coz isnin pagi makan sedap..sepatunya Philea menyediakan makanan dengan standard quality sama pada setiap hari..

kami punya style memey suka pergi mana-mana 3D2N, baru dapat relax dan feel betul-betul tempat bercuti..sebelum ni ada dok kat COLMAR bukit tinggi...2 hari berturut-turut bekpas sama quality sedapnya..tak pula hari ni sedap esok cam hampeh je rasa kan..

Melaka -- Part 2

hari ke 2..lepas pekena bekpas yang tak sedap ituw tengahhari kami pegi pekena coconut shake..asyik-asyik orang dok bercerita macam sedap je kan..dengan bantuan Mr. GPS kesayangan kami sampailah kami di klebang tak silap...

tapi memang kedai kami pegi tu pun silap..bukan tak caya kat GPS tapi tapi hehe...kami cari area berdekatan..sapa guna GPS sure tau nyer kan nak cari tempat berdekatan camne..tetiba lalu kat klebang nampak signboard coconut shake..cam pic bawah ni..apalagi terus kami berenti xcited sangat nak beli..siap beli 2..lepas minum kami decide nak ke Melaka Town..sepatutnya kami kene U turn saja ke jalan seberang..HATI saya kata nak pergi terus jugak..terus punya terus baru jumpa Original COCONUT SHAKE..betul2 sebelah caltex..please see 2nd pic ya..






pic bawah ni la KLEBANG COCONUT SHAKE...alhamdulilah betul kata hati nak pegi terus..makanya saya pun singgah jugak nak rasa..tengok tu memang puas ati dengan icecream vanila atas tu..yang ni untuk take away..long Q juga..


pada saya kene makan sana baru sedap sebab icecream tu dah tenggelam hehe...sekali lagi saya beli 2...akibatnya jadi kawan SETAN sekejappp..apa lagi membazir la wahai semua..dek teruja nak beli dan rasa..sampai terlupa Mr AF saya tak boleh minum air lebih sangat..total saya beli semua 4..2 kat masa tersilap kedai tadi dan 2 masa kat tempat original..

hari kami pergi tu pun panas sangat walupon lam kete ada aircond tapi panas semacam...CANCEL nak ke Melaka Town..Mr AF tak sehat terus balik Philea.........

sebelah malam kami ke Ikan Bakar Parameswara dengan kawan skolah lama saya masa di Teknik Kuala..

Masa otw nak ke Philea malam tu..Mr AF ada kata esoknya macam malas nak breakfast pasal dah terkena pagi tadi tak sedap..saya punn ok...

wang $$$ segalanya

terkejut baca ni...penjualan bayi makin menjadi-jadi sebab demand ada. Masyallah.. apa nak jadi dengan keadaan sekarang.. Pasangan nak anak belum dapat maknanya belum rezki lah tu..yang boleh buat anak asyik jadi siap boleh jual pulak..dengar macam senangkan???


kita bakorrr







antara pic sempat di ambil semalam..harap kejadian ni tak berlaku lagi

hanguss terbakarrr

Sebelum ni jadi kat tempat lain, bila kat tempat sendiri jadi panik gila terus.

KUALA LUMPUR: Pergaduhan dua kumpulan samseng menyebabkan 13 motosikal termasuk empat daripadanya hangus dibakar dalam dua kejadian berasingan di tempat letak motosikal Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan PPR Air Panas, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, kejadian pertama berlaku pada jam 1 pagi menyebabkan tiga motosikal hangus dan sembilan lagi rosak teruk.
Beliau berkata, pada jam 2.30 pagi, sebuah motosikal di Flet PPR Air Panas dibakar kurang 100 meter dari lokasi kejadian pertama.

Kejadian kedua turut membabitkan sebuah kereta Kancil yang sengaja dipecahkan cermin dan difahamkan kedua-dua kenderaan itu dimiliki pemilik sama.

“Pihak bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan dan tiba 10 minit kemudian. Bagaimanapun, api sudah dipadamkan penduduk setempat,” katanya.

sumber: harian metro

atas tu crita dari harian metro..skang crita saya pulak..menda ni jadi pagi semalam lbh kurang jam 12.30am ke atas..saya, mak dan AF baru balik jam 12.15am camtu..saya pergi mandi kasi segar badan sebelum tido..

tetiba bunyi macam benda jatuh.saya buat tak kisah rasa cam tak ada apa-apa..rupa-rupanya tu bunyi menda meletup lama lepas tu asap masuk rumah..kalut kami di buatnya dah la lam umah kami ada 2 orang sakit jantung..mak tengok umah sebelah dah berasap itamm .. dan kami memang cuak sangat ingat rumah sebelah terbakor..haa masa ni lah saya tengah t-shirt dan tuala..tuala panjang okeh..sempat lagi tibai seluar panjang..lam sejarah pakai suar kat luar rumah haha...gelak ko eik padahal masa tu macam-macam rasa ador.. mak dan aboh sempat kuar.

masa turun tangga sempat lagi call 999..sampai bawah rupanya motor terbakor..alhamdulillah rumah selamat. rumah level bawah sket, kesan asap cepat naik ke atas. Bomba sampai berlumba-lumba api dah berjaya dipadamkan oleh hero tempatan huhu...

Kekecohan masih belum reda tapi saya dah naik atas nak tidooo...sampai ke tempat keje pale pening sampai petang..

kot yer pun nak buat jangan menyusahkan orang lain..tak pasal-pasal orang tak bersalah pun kene bakor skali motonya.

Bila ingat balik kepanikan kami sekeluarga bila ingat rumah sebelah terbakar ...saya sempat capai handbag dan handphone saja..masa nak kuar tu terfikir ya allah apa jadi dengan barang-barang yang lain ni tak sempat nak bawa keluar...apa nak jadi dengan kami abis sume...

RASA SYUKUR SANGATT KEPADAMU YA ALLAHH KAMI SEMUA MASIH BERSAMA..

Melakerrr nyerr

Assalamualaikum sume...

Syukur awal tahun 2012 ni kami dapat pergi cuti-cuti mesia..di mana last year 2011 cuti-cuti kami di hospital sahaja..tq allah..mendengar doa dari hambamu yang lemah ini..kali ni kami pergi ke melaka..plan jan 2012 masa belek-belek groupon.com.my dengan pulak bonus dah kuar. Kami pergi ke philea resort ..bertolak jam 10 pagi dari KL..takut jalan jem..sampai air keroh lam tengahhari..ermm masih awal jadi kami cadang terus lagi ke Tangkak kebetulan umah mentua abang di sana. Rezeki kami dapat makan tengahari kat sana ..sedap lauknya simple..ayam dengan ikan bakor ngn udang fresh..pejal lagi isinyerr..

lepas makan gerak ke ayer keroh, tak jauh sangat dalam 30 min dah sampai dan philea pun sebelah exit ayer keroh..

sampai philea kami diberi welcome drink..suasana kat sini memang cantik sesuai tuk relax minda korang sume..pool pun best..dari sini nak ke town agak berbelas km juga, tapi kami tak da pergi jalan-jalan sangat sebab keadaan en AF masih belum mengizikan..setakat satu dua tempat boleh gagah lagi..

bilik pavilion ni ada dua tingkat, kami ambil yang bawah saja. ada pic bawah tu kami dapat 2 single bed..katanya katil king size TAK ADA KAT  BILIK BAWAH sume katil king size di tingkat atas sahaja...nampak sangat menipu yerk korang wahai management Philea.terpaksalah request combine katil masa booking tu.tapi bila sampai bilik tak da pun dorang combine..teruk betul....sebab apa saya kata PHILEA MENIPU nyerr pasal kami datang katil lum combine lagi ..call ..dorang suh dah roomservice datang..masa tu saya tanya la budak ni..

saya: 'dik bilik bawah ni memang semua tak ada katil king size ker'??...
dak RC : eh ada kak..
saya: masa akak booking dulu dorang kata tak ada
dak RC: mungkin dah penuh kot kak..
saya: ermm boleh terima jawapan tu..bagus korang ni jawab compare ngn cara management korang jawab..(saya jawab lam hati jer huhu..actually saya ada call cakap dengan PA General Manager dorang tuk confirmkan ..PA dia pun kata memang tak ada katil king size bawah..bagus lagi cara jawapan budak jawatan rendah banding dengan jawatan tinggi tapi akal takda nak jawab..boleh diterima kan jawapan tu..contoh; maaf puan katil king size untuk bilik bawah semua dah fully book hanya tinggal 2 single bed sahaja untuk bilik bawah)

kat sini nak kuar ke loby or makan guna khidmat buggy..maleh nak jalan









 for 1st day breakfast memang terukk rasa macam pi makan kat 2 star hotel..nasi lemak ngn nasi goreng berketul-ketul keras...paling teruk lagi pastryyy nyer macam makan roti..xda quality langsung..




***bersambunggg

advance Birthday

4 Feb 2012 hari lahir mak..tapi kami buat 3hb malam, sebab wekend ramai xda..especially saya ler pergi cuti-cuti mesia ke bandaraya bersejarah..nantikan entry akan datang jen je jenngggg...

Beberapa minggu sebelum tu dok terpiker nak beli kek apa eik..coklat...cheese cake...choc indulgen..tiramisu..dah bese sangat dah..tetiba teringat satu kek ni memang saya nak makan sesangat walopun tau tu kek bese jer..sorry mak..kek ni saya yang teringin tapi nak tunggu august lambat bebenor..ada juga cari kat blog lain..tapi cam dah penoh jer..kasi email tak reply2 pun...baek order kat sini senang sekali text je dah reply kakzu semanis gula ..hari jumaat petang dah dapat..en somi kak zu anto..ermmm berat juga nak bawa ke paking kek neh...

so malas cakap tengok pic je lah cam bese eik








sapa-sapa nak order kek bleh order kat sini kak Zu ..alhamdulillah mak dan yang lain pun suke dengan kek ni..Thanks Kak Zu buat kek sedap2..insyaallah akan order kek lain lagii