hilang pedoman agama

hari ni ada baca  utusan online best pasal SIHIR..hari ni nak merepek pasal SIHIR aka dengki khianat manusia kat dunia nie..

sikap manusia tamak dan tak boleh tgk orang lain lebih, malas berusaha dan nak kesenangan dengan cara yang singkat atau lebih senang suka 'mencantas'..cam pokok plak cantas mencantas neh

sesuatu yang terjadi dengan izin allah. Bila dah sakit akan ke sana kemari nak sembuhkan penyakit itu pun selepas pak doktor sendiri tak dapat mengesan penyakit yang ado..agaknya doktor zaman skang ni pun kene juga belajar ilmu-ilmu penyembuhan guna ayat-ayat al-quran sekurang-kurangnya lau dorang tak boleh nak kesan penyakit boleh la suggestkan kat pesakit tuk cuba cara alternatif plak kan..xder nak buang duit dekat hospital lagi..ni pandangan saya sahaja.

Nak sakitkan dan susahkan orang memang senang, cara tak baik cepat je jadik kot..tapi tunggu balasan dari ALLAH mungkin cepat atau lambat sahaja. Agaknya juga dah keras sangat hati mereka ini sampai tak tahu dosa dan pahala

petikan..Apabila masyarakat sudah hilang pedoman agama, maka halal dan haram sudah tidak menjadi pertimbangan dalam mengatur kehidupannya termasuklah dalam mengikis penyakit hati dalam diri.
Kita juga perlu berhati-hati dalam mendapatkan rawatan alternatif. Pastikan pusat rawatan tersebut mendapat pengiktirafan daripada pihak berautoriti.
Jauhi tempat-tempat perubatan yang menggunakan jampi serta mantera yang tidak bersandarkan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

lagi satu, nak pegi tempat berubat pun satu hal juga, tak sume dalam tb aka TV tu betul, ada gak yang main bagi guna produk jer then total gedebak cam nangka BUSUK $$500 gitu haaa..dah ler sakit kene lak ketuk camtu..sekali cukup lah tempat gitu , g cuba tempat lain lagi. Sekarang banyak pusat perubatan ISLAM tumbuh cam cendawan, kita sendiri kene pandai pilih. Alhamdulillah tempah Hj Lukman / Asraf Muslim tu pun bagus gak. Nanti Februari 2012 dorang akan berpindah ker Centrum Setiawangsa.

Selagi belum KIAMAT sume menda tak baik ni akan berlaku. Siap-siapkan diri kita dengan bekalan amalan bagi menangkis benda JAHAT ini..Insaallah...

No comments: