nyatakan syukur anda



salam

setiap hari sabtu masa otw nak pergi kerja saya suka dengar IKIM fm slot DR Muhaya.. memang best dengar motivasi dari Dr. rasa bersemangat. Pagi ni dengar lewat sket..sempat dengar bab BERSYUKUR..Dr kata cuba senaraikan sekurang kurangnya 3 perkara tanda kita bersyukur bila bangun dari tidur..

saya,

 1. alhamdulillah masih dihidupkan kembali hari ini untuk memohon keampunan kepadaNya

2. syukur en somi ada di sebelah dan semakin sihat

3. syukur mempunyai kesihatan yang baik walaupun dalam keadaan 'macam ni'

buatlah selama seminggu dan berterusan insyaallah kita akan rasa tenang dan sentiasa bersyukur dengan nikmatnya dan dari sini juga kita akan rasa kurang untuk membandingkan diri kita dengan orang lain atau Dr slalu kata 'bujet bagus' = syok sendri la kot..;))...korang rajin-rajin la buat macam ni..atas tu apa yang saya rasa untuk bersyukur lain orang xsama kan..

dalam hidup kita jangan terlampau mengata orang lain takut nanti terpalit kat diri sendiri..tapi nama pun manusia perasaan macam-macam ada...rasa jeles, dengki, nak salahkan orang je memanjang dan rasa kita je betul..kan kan......sebolehnya dielakkan rasa gitu yang penting kene pandai control diri kita macam mana..insyaallah..




No comments: