musibah & tak faham sikap manusia

الحمد لله

masih berkesempatan untuk berpuasa lagi hari ni..lama rasanya tak berblog..bukan apa..masa keadaan tak mengizinkan padahal jejari ni * oppss jari i tak runcing sangat okay* rajin nak menaip..

cuma boleh dikatakan musibah telah melanda kami..dari segi masalah kesihatan..
saya sendiri tidak percaya sesuatu perkara sihir terutamanya, tetapi bila dah kene kita ikhtiar sahaja. kenapa? kenapa? manusia ada sifat mendengki sesama manusia, padahal kita tidak menganggu kehidupan orang lain. sepatutnya bersaing secara sihat tidak kira di tempat kerja mahupun di dalam perniagaan.

saya redha dengan apa yang jadi, dan menganggap ada hikmah disebaliknya nanti..sempena ramadhan ini sentiasalah memohon keampunan. Ini masa  susah saya & suami..esok masa anda pula..bagaimana??? sesungguhnya kami telah diuji pada ramadhan kali ini..dan tak da semangat nak beraya walaupun tahun pertama untuk beraya dengan en somi....

kesabaran amatlah diperlukan ketika ini

No comments: