baju?? korang balik KAMPUNG ker

salam sume,

tadi lunch hr ke Pavilion bersama colleq..hajat dia nak bli kasut raya kat PADINI...masuk-masuk xda yang berkenan..aleh-aleh saya juga yang beli flat shoes kat ALDO, ok lah ada 50%. Lepas tu nak tgk shoes kat PARKSON plak ade yang berkenan but last pair jadi cam tak best, aleh-aleh saya yang bli baju raya kat  SALABIANCA. ok juga kaftannya xda jarang sangat. Actually, memang saya berhajat nak beli satu baju raya pun, hajat di hati nak bli di jalan TAR or Care4 or Tesco tapi memandangkan tempat-tempat camtu ramai orang maka beli lah baju tadi..korang sume bape pasang baju tahun ni? saya??? cukuplah sepasang.





This yr kami tak balik kampung cuma raya di KL saja. Abang-abang dan kakak sume dorang balik umah mentua..kurang meriah raya tahun nie..tak syok raya kat KL. kat kampung memang penat sikit sebab kami balik rumah PUSAKA jadi banyak lah yang perlu dikemas dan cuci semua barang-barang yang nak dipakai. Masa adik beradik ramai belum kahwin rajin la semua nak kemas, tapi lepas dorang sume dah ada anak-anak kecik agak 'M' juga nak mengemas.

Apa kita boleh buat kat kampung ea...kat kampung kami boleh

.. boleh lepak-lepak kat luar rumah sambil hirup udara segar
.. boleh suka-suka masuk depan dan sekeliling rumah sebab tu rumah sedara mara
.. boleh main MERC**..apa jenis pun..kedebom sana sini
.. boleh pasang pelita/panjut
.. boleh jumpa kekawan lama sebb saya dlu skolah kat kg jap
.. boleh boring2 g rumah depan **aim kuih yang sedap dimakan berulang2 he3
.. best tengok kereta bersusun kat laman umah

kira panjang dan pendek kata sume boleh..memang best.. korang der?? hehe..kami adik beradik memang dah di ajar dari kecik asal raya balik kg..asal kg balik raye..harap-harap next yr dapat buka rumah pusaka lg..insyaallahh



No comments: