Selamat Hari Raya & Merdeka Uolsss

waktu ni saya percaya ramai sudah pulang ke kampung halaman untuk bersama dengan yang tersayang
terimalah ucapan iklas dari k.a.m.i..


semoga perjalanan anda selamat pergi dan pulang

make a wish..& ...last ramadhan

hari ni hari hari hari lahir saya yang ke tuttt...masih lagi 20-an la ;)) dah beberapa kali juga birthday saya jatuh pada bulan RAMADHAN. oleh itu persiapan hari raya lebih diutamakan dari birthday saya ini...huuhu**mode---SAD (( **

dulu--teringat zaman kecik-kecik...every year tak sabar nak celebrate Birthday. kadang-kadang rasa cam paksa mak pun ada nak buat majlis..tapi masa tu kecik xpaham bab-bab kekurangan duit neh.ye lah adik-beradik kami ramai ada 8 orang dan saya ke 7...apa nak cakap ja..xdapat menangis..huhu tak patut tak patut.. bab dapat hadiah tu paling best..siap tuntut hadiah kat kakak kakak dan abang abang ...ajak kawan-kawan datang rumah......

zaman sek men dan kolej - masa ni pun sronok gak ngn kawan-kawan..ada siap baling tepung dan telur. makan kat luar ramai-ramai..masa tu standard lah..KFC/Pizza Hut/Mcdonalds...

zaman keje--masa ni ada ayat dari Emak membuat saya tersentuh dan sedar seketika...memang ada kebenarannya...masa tu birthday abang saya dia celebrate ngn kawan-kawan kat luar..mak kata +- mcm ni lah bunyiknya...'hari lahir belanja kawan-kawan bukan nak belanja dan terima kasih kat mak' ...tersentap saya terdengar ayat tu..sejak dari tu setiap hari lahir saya, saya akan beli kek dan belanja parents saya..kalau pokai sangat masa bulan tu penah saya beli 1 slice jer cheese kek untuk emak sebagai ucapan terima kasih sebab dah lahir & besarkan saya..

sekarang- alhamdullilah dah beberapa tahun ni kami adik beradik setiap kali hari lahir emak & aboh dan fathers & mothers day kami kumpul semua buat majlis kecil kecilan for our parents

********thanks to emak kerana melahirkan,mendidik,dan membersarkan saya sampai saya besar dan comei hehe..dan thanks to Aboh juga********


baju?? korang balik KAMPUNG ker

salam sume,

tadi lunch hr ke Pavilion bersama colleq..hajat dia nak bli kasut raya kat PADINI...masuk-masuk xda yang berkenan..aleh-aleh saya juga yang beli flat shoes kat ALDO, ok lah ada 50%. Lepas tu nak tgk shoes kat PARKSON plak ade yang berkenan but last pair jadi cam tak best, aleh-aleh saya yang bli baju raya kat  SALABIANCA. ok juga kaftannya xda jarang sangat. Actually, memang saya berhajat nak beli satu baju raya pun, hajat di hati nak bli di jalan TAR or Care4 or Tesco tapi memandangkan tempat-tempat camtu ramai orang maka beli lah baju tadi..korang sume bape pasang baju tahun ni? saya??? cukuplah sepasang.





This yr kami tak balik kampung cuma raya di KL saja. Abang-abang dan kakak sume dorang balik umah mentua..kurang meriah raya tahun nie..tak syok raya kat KL. kat kampung memang penat sikit sebab kami balik rumah PUSAKA jadi banyak lah yang perlu dikemas dan cuci semua barang-barang yang nak dipakai. Masa adik beradik ramai belum kahwin rajin la semua nak kemas, tapi lepas dorang sume dah ada anak-anak kecik agak 'M' juga nak mengemas.

Apa kita boleh buat kat kampung ea...kat kampung kami boleh

.. boleh lepak-lepak kat luar rumah sambil hirup udara segar
.. boleh suka-suka masuk depan dan sekeliling rumah sebab tu rumah sedara mara
.. boleh main MERC**..apa jenis pun..kedebom sana sini
.. boleh pasang pelita/panjut
.. boleh jumpa kekawan lama sebb saya dlu skolah kat kg jap
.. boleh boring2 g rumah depan **aim kuih yang sedap dimakan berulang2 he3
.. best tengok kereta bersusun kat laman umah

kira panjang dan pendek kata sume boleh..memang best.. korang der?? hehe..kami adik beradik memang dah di ajar dari kecik asal raya balik kg..asal kg balik raye..harap-harap next yr dapat buka rumah pusaka lg..insyaallahh



makan sama kUCIng

semalam saya berbuka dengan K.u.C.i.N.g......uolsss...cayer ke tak??...xder la bukan makan sepinggan..offcos la dia duk bawah kan..saya berbuka di Cafe PPUKM..nasib tak ramai orang semalam..selang dua kerusi ada pakcik duk sorang..tetiba masa nak berbuka ada sorang brother duk join pakcik tue...masa berbuka perbualan mereka

pakcik: anak ni jumpa siapa di sini?
brother: saya tunggu isteri saya masuk kecemesan bukan kritkal
pakcik: ooo...kenapa tu nak?
brother: ***saya pun xclear dengar..pastu dengan brother ni story psl dia baru 2 tahun kahwin da ni kira baru wife pregnant 3 bulan..
pakcik: ooo pakcik tunggu isteri pakcik ...bla bla bla

saya :  betul apa brother ni cakap yang hidup orang tak semua sempurna walaupun di mata kasar cukup semua macam kerjaya dan keperluan hidup.tapi ada orang nak anak belum dapat anak lagi..bila dah nak dapat anak macam-macam *complikasi lagi..bila saya dah ulang alik ke hospital banyak kali membuatkan saya insaf lagi..ya allah aku bersyukur padamu kerana aku masih sihat jika dibandingkan dengan mereka-mereka ini..ada yang luka dan patah sana sini..



ada sekali tue masa di tempat kecemasan nyawa pakcik sorang nie di hujung dan doktor suruh panggilkan ahli keluarga yang lain, isteri pakcik tue dah menangis ..tak tahu pakcik tu masih ada lagi ke tak sekarang nie..bila ingat balik membuatkan semangat saya kuat untuk mengharungi segala masalah yang ada sekarang dan sentiasa fikir ada orang lagi susah dan teruk daripada kita sebenarnya. Tapi kadang-kadang tak dapat lari dari kelemahan manusia itu sendiri macam rasa *down*...fikir y me? y me? kan kan..

eh pasal kucing tu sebenarnya sebelum ke PPUM saya dah tapau nasi kukus ayam goreng..tetiba masa kat cafe saya terkenan plak kat ikan sekor ni..makaaa belilah ikan tersebut RM3..nafsu katakann..skali hah!! amik ko...saya tak dapat nak abis kan ikan ngan ayam..alhamdllah ada kucing sekor ada..pe lagi banyak juga saya kasi dia makan sampai last skali nak kasi ayam lagi Kucing tu plak yang surendder blah dengan kekenyangannyaaa...nasib tak membazir buang camtu jer..

musibah & tak faham sikap manusia

الحمد لله

masih berkesempatan untuk berpuasa lagi hari ni..lama rasanya tak berblog..bukan apa..masa keadaan tak mengizinkan padahal jejari ni * oppss jari i tak runcing sangat okay* rajin nak menaip..

cuma boleh dikatakan musibah telah melanda kami..dari segi masalah kesihatan..
saya sendiri tidak percaya sesuatu perkara sihir terutamanya, tetapi bila dah kene kita ikhtiar sahaja. kenapa? kenapa? manusia ada sifat mendengki sesama manusia, padahal kita tidak menganggu kehidupan orang lain. sepatutnya bersaing secara sihat tidak kira di tempat kerja mahupun di dalam perniagaan.

saya redha dengan apa yang jadi, dan menganggap ada hikmah disebaliknya nanti..sempena ramadhan ini sentiasalah memohon keampunan. Ini masa  susah saya & suami..esok masa anda pula..bagaimana??? sesungguhnya kami telah diuji pada ramadhan kali ini..dan tak da semangat nak beraya walaupun tahun pertama untuk beraya dengan en somi....

kesabaran amatlah diperlukan ketika ini