photographer dan photography ape nie ??

setiap hari sabtu rutin seperti biasa iaitu WAJIB pergi kerja..1/2 day..nak buat macam mana dah dapat rejeki keje kat company macam ni, alhamdulillah..sementara free nak cerita sikit mengenai Photographer untuk wedding saya last year. Mungkin disebabkan stress dengan persiapan banyak yang kita hadapi ntah hape hape keadaan. Kenduri sekarang tak macam dahulu boleh buat prep sekejap sahaja..

Preps saya dahulu boleh dikatakan bermula feb 2010 untuk majlis end of the year (dec), masa ni dewan kene tempah dahulu then baru boleh rancang menda lain. Saya memilih dewan untuk memudahkan semua pihak rasa selesa untuk hadir ke majlis. but terpulang masing-masing untuk pilih venue.

Dipendekkan cerita tak silap Mac kot kami ke kursus kahwin di setiawangsa, kebetulan minggu tu ada pameran pengantin di PWTC. hari ahad abis kursus terus ke pameran dan pada hari tersebut kami ada menempah dua pakej iaitu photo dan pelamin + baju + accs..

kesilapan saya pada masa tue tak expose sangat dengan dunia blogger lagi. selepas tu balik minggu ke minggu saya mula search info di blog dan dari tu rupanya saya jumpa banyakkkk sangat info pasal wedding preps dari segi negatif dan positif. dari situ baru nampak juga ada pakej lain yang lebih cantik dan harga yang berpatutan.

okay, masa book photographer di pameran kami pilih satu *** photographer dengan pakej untuk dua majlis. semasa penerangan dorang menunjukkan gambar-gambar hasil dari principal. bincang punya bincang dan lepas beberapa hari saya buat bayaran deposit dan saya simpan resit tue. Bila nak dekat majlis tue rupanya yang ambil pic kami nanti ialah lebih kurang junior photographer rupanya. so kat sini memang agak mengelirukan customer..if uols jadi saya korang aspek sape yg akan ambil pic kita? tentulah principal pasal masa nak book pakej tu yang dicanang-canangkan adalah hasil gambar principal dan tentulah dalam pale otak kita dia yang akan ambil dan at the end kat form rupanya memang dah ada tanda bukan pricipal ambil. okay silap kami cuma xbaca resit yang ditandakan sampai beberapa hari sebelum majlis baru semak. DEPOSIT 1200 (lebih kurang 1200 or 1300 kot) memang burn..dia xnak pulangkan walau sesen sebab saya cancel. lepas tu memang ada yang kata saya sepatutnya suruh saja mereka ambil gambar nikah sebab dah bayar deposit TAPI sakit hati punya pasal saya dah cancel. JANGAN CARI PHOTOGRAPHER YANG MEMPUNYAI KONSEP BERNIAGA DENGAN KELAS PEMBELAJARAN ITU INI..CARILAH PHOTOGRAPHER YANG BUAT GROUP KECILAN DENGAN HASIL GAMBAR  YANG DITUNJUKKAN  ADALAH HASIL DARI MEREKA SENDIRI. takpelah semoga allah membalasnya tentu korang tau kan nak dekat majlis memang kekeringan duit masa tu dan saya ambil photographer lain untuk nikah saya...thanks sangat2 to AF sudi amik pic saya masa tu..pic dia memang superb. Ada juga yang cadangkan saya pergi Tribunal Pengguna kerana ' promosi yang mengelirukan pelanggan ' tapi disebabkan kekangan masa dan cuti habis saya tak dapat pergi untuk sume itu

fyi, Saya nikah oct dan sanding DEC .Pengajaran kat sini untuk sape-sape nak buat wed prep sila bincang dengan berhati-hati, jangan kelam kabut walopun yang mempromosi tuk kalut ngn kita sebab nak lakukan pakej mereka..try to be cool atau cakap jer rilek bro saya yang nak bayar jadi sila bagi saya masa untuk baca ( hehe ), banyak google di internet, bykan baca di blog untuk pengetahuan org lain dari segi pengalaman mereka, tak semestinya camera dorang tu pakai yang canggih tapi hasilnya haprak ( tak sume la ), yang penting bagi saya tengok hasil-hasil karya mereka di blog atau facebook contohnya..

saya percaya hilangnya deposit sebanyak itu akan ada rezeki di tempat lain.

No comments: