andai dapat di ulang semula

sorry uols saya masih tak dapat lagi nak update pic cuti2..Mr F saya xsehat smpi check in kat spital 1 week gitu..

bila dah lepas kenduri kahwin, segala info mengenai kahwin semua saya takda buka dan google lagi..kalau tak sebelum kenduri pantang ada free saja cari info lagi dan lagi.
tadi buka punya buka.. tjumpa link abang acai punya blog, dia wedding photographer. tengok punya tengok jumpa pic nie guna bunga tangan cantik sangat.. memang simple..creatif betul mereka-mereka ini

maap ya bunga tangan itu bukan dari gula2 jelly yea..itu dari butang..tp saya pulak rasa macam nak makan jew..p
 
credit: http://www.faisalrahim.com/blog/




ini satu lagi pun chantek


haikalkhairuddin

nak tengok lagi banyak2 pic sila lah ke blog mereka.. 


Ini membuatkan saya rasa andai dapat diputar putar semula masa..tapi nak wat macam mana doraemon takda kat malaysia neh ( berangan betul)...jadi masa tidak mungkin di ulang semula..
Sebenarnya setiap event yang berlaku dengan jaya nya adalah dengan kerjasama dari semua-semua pihak yang terlibat..
Masa majlis saya dulu pun memang sempat cari info psl hantaran, baju dan bagai2nya...TETAPI tidak semua yang dirancang dapat di jadikan sebab kita tak dapat nak control semua bila sampai dalam sesuatu keadaan...mana yang ada dan mana yang sempat jer..akan diguna..kira macam tu lah bunyiknya..

alhamdulillah majlis dah selesai pun..tetiba hari ni gatai tangan nak cari info pasal kahwin lagi..hihi




hobi baru kami

happy moday uollss..sebelum mula kerja mari mulakan ceriakan hari anda dengan menaip blog ini..assalamualaikummm dan salam sejahtera..
source:google


saya dan F (huruf pertama dari nama suami saya) ada hobi baru..ialahhh..nak pergi "out of coverage" setiap bulan..means pergi jalan-jalan Malaysia. nanti saya uploadkan gambar-gambar tempat yang kami dah pergi setakat ini. Untuk next vacation, tempat pilihan lebih kepada luar bandar, tempat hijau yang banyak, laut atau lebih senang jauh dari hiruk pikuk yang boleh memeningkan kepala kita semua..

selamat bekerja semua...♥♥♥

kerja tempat baru tak ok??

Lumrah dalam kehidupan manusia akan bertukar-tukar tempat kerja. Bekerja perlu  wajib untuk hidup sebab nak guna tuk makan, dan macam-macam lagi. Ada orang kata tukar tempat kerja itu bagus sebab akan sentiasa ada kenaikan gaji atau pangkat. Allhamdullilah saya melalui proses itu.

Pandangan saya, bila kerja di tempat baru ada orang lama yang tak suka. especially bab-bab nak mengajor junior ni kan. Dorang ni dah biasa kerja cepat mana taknya hari-hari menghadap menda yang sama, yang baru pulak terkial-kial macam siput **** hehehe. cer cite cer cite yang dah lama keje tu mula-mula masuk terus terror ke nak buat??? jawabnyaaa anginnn yang goncanggg ,, terbang burung terbanggg...terselit pulak lagu POKOK ni..best jugak layan...tak kira lah pangkat apa pun tetap kene belajar cara dan budaya di syarikat tersebut. Saya sendiri pun macam tu mula-mula kerja, memang lambat contoh bila buka mic excel nak biasakan template yang ada dan semua flow nak kene faham, agak terasa juga dengan senior yang mengajar kita tu kan.. kan..keje deme tu nak wat cepat nak kejar cut off time ke ape ke lg..kejar dateline nak antor report pulak time tu..



kat sini cuma nak bagi tau saja kat orang-orang lama atau dikenali senior kat syarikat tempat korang keje, layanlah junior anda dengan berhemah, kasi peluang dan ruang untuk belajar dan biasakan dengan persekitaran baru...chewah cam ayat skema jerk..

Bagi junior or yang baru ni pulak kene faham-faham juga dan kene pandai ambil hati dengan orang yang akan bekerjasama dan yang akan memberi ilmu mengajor kita tu. Belanja air or makan ker...kui kui..bodek la tu.. waktu dia buzy tengok ajer dulu, pastu dah ok sikit tanya lagi macam-macam sampai pening

iklan-iklan::: tengah-tengah type coleg panggil pergi receptionist ada sales promotion dari REE SKIN.. sorry saya terus reject sebab ahad close rasa takda masa nak pergi, nak pulak kami saturday kerja memang agak terkejar appmnt nanti. :::

ayat hikmah katanya

Hari ni ada kesempatan baca blog emak haniz zalika..ramai kenal hanis kan kira top blogger juga tu. Seronok baca penulisan blog, walaupun simple penuh dengan informasi keluarga, kehidupan dan yang paling saya suka perkongsian resepi yang simple untuk kita buat. wekend ni nak cuba resepi caramel dengan pancake.

ayat yang paling saya suka dari emaknya iaitu nani rostam dan boleh digunakan sebagai semangat untuk terus maju


 Hidup ini harus ada excitement. Harus berani berubah,mencuba benda baru, perkara baru. Sentiasa bergerak dan bekerja kerana selesa, takut dan malas menyebabkan kita tua sebelum waktunya.  nanirostam


jadi, tak hairan lah bila tengok muka emak hanis ni nampak muda lebih kurang sebaya macam anak dara. tidak perlu merasa selesa dengan apa yang ada. usaha itu tetap ada untuk terus kehadapan.

photographer dan photography ape nie ??

setiap hari sabtu rutin seperti biasa iaitu WAJIB pergi kerja..1/2 day..nak buat macam mana dah dapat rejeki keje kat company macam ni, alhamdulillah..sementara free nak cerita sikit mengenai Photographer untuk wedding saya last year. Mungkin disebabkan stress dengan persiapan banyak yang kita hadapi ntah hape hape keadaan. Kenduri sekarang tak macam dahulu boleh buat prep sekejap sahaja..

Preps saya dahulu boleh dikatakan bermula feb 2010 untuk majlis end of the year (dec), masa ni dewan kene tempah dahulu then baru boleh rancang menda lain. Saya memilih dewan untuk memudahkan semua pihak rasa selesa untuk hadir ke majlis. but terpulang masing-masing untuk pilih venue.

Dipendekkan cerita tak silap Mac kot kami ke kursus kahwin di setiawangsa, kebetulan minggu tu ada pameran pengantin di PWTC. hari ahad abis kursus terus ke pameran dan pada hari tersebut kami ada menempah dua pakej iaitu photo dan pelamin + baju + accs..

kesilapan saya pada masa tue tak expose sangat dengan dunia blogger lagi. selepas tu balik minggu ke minggu saya mula search info di blog dan dari tu rupanya saya jumpa banyakkkk sangat info pasal wedding preps dari segi negatif dan positif. dari situ baru nampak juga ada pakej lain yang lebih cantik dan harga yang berpatutan.

okay, masa book photographer di pameran kami pilih satu *** photographer dengan pakej untuk dua majlis. semasa penerangan dorang menunjukkan gambar-gambar hasil dari principal. bincang punya bincang dan lepas beberapa hari saya buat bayaran deposit dan saya simpan resit tue. Bila nak dekat majlis tue rupanya yang ambil pic kami nanti ialah lebih kurang junior photographer rupanya. so kat sini memang agak mengelirukan customer..if uols jadi saya korang aspek sape yg akan ambil pic kita? tentulah principal pasal masa nak book pakej tu yang dicanang-canangkan adalah hasil gambar principal dan tentulah dalam pale otak kita dia yang akan ambil dan at the end kat form rupanya memang dah ada tanda bukan pricipal ambil. okay silap kami cuma xbaca resit yang ditandakan sampai beberapa hari sebelum majlis baru semak. DEPOSIT 1200 (lebih kurang 1200 or 1300 kot) memang burn..dia xnak pulangkan walau sesen sebab saya cancel. lepas tu memang ada yang kata saya sepatutnya suruh saja mereka ambil gambar nikah sebab dah bayar deposit TAPI sakit hati punya pasal saya dah cancel. JANGAN CARI PHOTOGRAPHER YANG MEMPUNYAI KONSEP BERNIAGA DENGAN KELAS PEMBELAJARAN ITU INI..CARILAH PHOTOGRAPHER YANG BUAT GROUP KECILAN DENGAN HASIL GAMBAR  YANG DITUNJUKKAN  ADALAH HASIL DARI MEREKA SENDIRI. takpelah semoga allah membalasnya tentu korang tau kan nak dekat majlis memang kekeringan duit masa tu dan saya ambil photographer lain untuk nikah saya...thanks sangat2 to AF sudi amik pic saya masa tu..pic dia memang superb. Ada juga yang cadangkan saya pergi Tribunal Pengguna kerana ' promosi yang mengelirukan pelanggan ' tapi disebabkan kekangan masa dan cuti habis saya tak dapat pergi untuk sume itu

fyi, Saya nikah oct dan sanding DEC .Pengajaran kat sini untuk sape-sape nak buat wed prep sila bincang dengan berhati-hati, jangan kelam kabut walopun yang mempromosi tuk kalut ngn kita sebab nak lakukan pakej mereka..try to be cool atau cakap jer rilek bro saya yang nak bayar jadi sila bagi saya masa untuk baca ( hehe ), banyak google di internet, bykan baca di blog untuk pengetahuan org lain dari segi pengalaman mereka, tak semestinya camera dorang tu pakai yang canggih tapi hasilnya haprak ( tak sume la ), yang penting bagi saya tengok hasil-hasil karya mereka di blog atau facebook contohnya..

saya percaya hilangnya deposit sebanyak itu akan ada rezeki di tempat lain.