Happy Long Wekend Uolss + keje + edit blog

Assalamualaikummm & salam sejahtera

fuhh...penat jugak memikirkan nak edit layout blog neh...dah edit gadget plak entah ke mana...haru biru dibuatnya..

okay lah tuk sume enjoy dlu ngn new template ni coz Puan nya dah fenin nak pikio pikio neh..

pelaburan EMAS..ok ker??

Tetiba ada terfikir nak buat pelaburan emas. Ada sapa-sapa yang dah buat pelaburan ni?? ok tak?? da info nak share ngan saya ker.. baru baca sikit maklumat di jutawanemas, macam menarik juga.

Dalam kesempitan masalah $$$ sekarang ni, Allah memudahkan urusanku..Alhamdulillah dengan nikmat limpah rezki Mu ya allah, boleh melabur sikit...bak orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit..insyaallah...

Ada $$$ jangan kita peruk dalam saving account tanpa beranakkannya..eh duit pun bleh beranak pinak ker ))) tuan dia belum beranak lg hehe...tapi kene kita pandai pilih nak invest kata mana yang penting nak invest kat unit trust ke apa ker...mesti under SYARIAH COMPLIANCE or islamic erk...rajin-rajin guugle info jangan main taram jerk

cepatnyer

pejam celik....pejam celik-celik dah bulan doblas...december..

insyallah tahun baru dan dok tempat baru..maka mok cari kerja baru juga...

semoga allah permudahkan urusanku...aaamenn..

***saya suka maru..cute tomeyy

kamilah segalanya...kononnnn

Semakin umur meningkat semakin banyak kita pelajari dalam kehidupan. kadang-kadang kita tak sangka sesuatu perkara tu berlaku dalam situasi di kala kesusahan melanda..semoga mereka-mereka ini diberikan hidayah olehNya untuk berubah.

Bila susah kita lah pembantu untuk selesaikan. sekarang bila kami berada di roda hidup paling bawah mereka ini hilang atau senyap seribu bahasa. Seolah tidak memahami apa yang sedang berlaku.

sekarang dah ada kerja sendiri,
dah ada duit sendiri,
dah pandai buat keputusan (kot),
dah rasa hebat sebab hidup rasa selesa,
tapi kau lupa
sewaktu kau tiada apa yang dinyatakan di atas
kami lah segalanya..


Kasihan..allah la tempat mengadu..allah itu maha adil...hidup tak selalu indah...kahwin, ada anak, ada kerja = bahagia forever...tapi ujian allah boleh datang bila-bila masa tanpa kita pinta...tak pula mendoakan keburukan untuk mereka..cuma sedarlah...

***tetiba hari ni jadi sensitip pula...USTAZ azhar idrus kata jangan luah kan fb...kita kene luah kat allah...tapi ni luah kat blog jer hehehe

nyatakan syukur anda



salam

setiap hari sabtu masa otw nak pergi kerja saya suka dengar IKIM fm slot DR Muhaya.. memang best dengar motivasi dari Dr. rasa bersemangat. Pagi ni dengar lewat sket..sempat dengar bab BERSYUKUR..Dr kata cuba senaraikan sekurang kurangnya 3 perkara tanda kita bersyukur bila bangun dari tidur..

saya,

 1. alhamdulillah masih dihidupkan kembali hari ini untuk memohon keampunan kepadaNya

2. syukur en somi ada di sebelah dan semakin sihat

3. syukur mempunyai kesihatan yang baik walaupun dalam keadaan 'macam ni'

buatlah selama seminggu dan berterusan insyaallah kita akan rasa tenang dan sentiasa bersyukur dengan nikmatnya dan dari sini juga kita akan rasa kurang untuk membandingkan diri kita dengan orang lain atau Dr slalu kata 'bujet bagus' = syok sendri la kot..;))...korang rajin-rajin la buat macam ni..atas tu apa yang saya rasa untuk bersyukur lain orang xsama kan..

dalam hidup kita jangan terlampau mengata orang lain takut nanti terpalit kat diri sendiri..tapi nama pun manusia perasaan macam-macam ada...rasa jeles, dengki, nak salahkan orang je memanjang dan rasa kita je betul..kan kan......sebolehnya dielakkan rasa gitu yang penting kene pandai control diri kita macam mana..insyaallah..




apa ada 11 .11 .11

tarikh ni mengingatkan saya pada 10 10 10 tahun lepas...tarikh ni kami bertunang + nikah...
nasib baik tok kadi abah kenal xda cerewet sangat..
plan nak nikah tarikh ni 8 bulan sebelum tu...tapi booking tarikh ni dengan tok kadi sebulan sebelum tarikh..ye lah tak penah nikah kan..rupanya bukan kita boleh saja cakap or call tok kadi kata 'saya nak nikah 101010 boleh?'...memang jawapannya tak boleh jika tak apply apa-apa lg kat JAWI.....masa tu kalut la pi buat huhu...alhamdulillah dapat juga...

flashback jap...tinggggg**** 101010 jatuh pada hari AHAD....

hari sabtu awal pg dah kuar umah
*gi bli bunga segar tuk bunga tangan,
*pastu tu g wat inai kat jalan TAR,
*pergi amik baju nikah kat kak Zaifie Zainal,
sampai umah tengok orang sume tengah makan..tetiba baru terasa kebulur benor perut ni tak makan-makan dari pagi...huhu..wat kene gelak dengan sume jer.. 
*petang sampai ke malam..dok belek-belek hantaran bertunang...hantaran kawen bagi masa sanding
*malam maksu datang tolong wat hand bouquet..thanks maksu..cantik sangat..
*tidoo


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
* subuh dah bangun...mandi bla bla...
* cameramen sampai
* make up kat umah kakak ..atas je..
* ian sham sampai...
* lama sket ahmad fairus pun sampai
*bla ...bla...bla...siapppppppppppp
*
*
*
*

jam 10am lbh ke masjid sri rampai...huhu masa ni macam-macam perasaan ado...dah ler muka jarang kene make up tebal...rasa cam berat je kat muka..

sampai masjid..dup dap dup dap..cam artis dah orang dok pandang...malu beb...kami pasangan akhir untuk dinikahkan pada pagi tu dalam jam 12 camtu....

jalan tersipu-sipu...duk atas bantal tekad benang emas..beselah orang perak memang femes dengan tekad nie..tak lama pas tu pihak lelaki sampai..tp bakal en somi duk lama kete lagi sebab nak bertunang sekejap..senang gabung sekali jimat masa dan kos dan selamat sikit cuti sedara mara yang jauh.


30 min lepas bertunang...........NIKAH pulak...bla blaaaaa

alhamdulillah selesai beberapa minit sebelum solat Zohor...untuk tahun lepas...

doa-doakan kami bahagia dan sentiasa sehat...aminnn

Bila Kucing Jumpa air

tengok video ni dapat menghepykan diri sekejap...memang kelakar )))



ada perubahan

alhamdullilahh....syukur...dengan izin allah ada perubahan sedikit kat en somi...yang lain tu kene usaha dan bertawakal kepada allah untuk 100% sembuh...

banyak nak diceritakan, tapi ntah kepala ni xda idea nak berkata-kata....

happy & Sedih

happy mood (^^,)
Tahniah kepada diri kami sendiri...alhamdulillah usia perkahwinan dah setahun hari ni. Allah Maha kuasa..kami di uji pada awal pkahwinan ini. Ya allah aku redha dengan ujian yang menimpa kami. Ampunilah dosa-dosa kami,kuatkanlah semangat ku, lapangkan dada kami di atas masalah ini, mudahkan perjalanan kami, kuatkan iman kami sehingga akhir hayat untuk terus beribadat kepada Mu..

Semalam birthday en somi..tahun 2011 ini kami tak dapat nak celebrate apa-apa hari istimewa (birthday + annvsy )kami..insyaallah tahun hadapan akan bertambah lebih baik. Semoga en somi dapat kuar spital dengan cepat dan dapat menjalani kehidupan macam biasa..

Kepada kawan-kawan semoga doa kalian dapat memberi kesihatan yang lebih baik kepada kami...insyaallah..

OH jiwa KU!!!

pic masa rumah terbuka erma fatima...sekeping je pun

w Fauzi Nawawi..


* Jiwa tu nama watak fauzi dalam crita Jiwa Lara...jgn lupa last cerita tu tak silap 25 oct nie..di tv3...10.30pm

kisah ke takda orang baca..


blog ni saja saya buat untuk coretan saya sendiri, oleh itu saya tak kisah ramai pembaca atau tidak. Dalam hidup ni bukan kita boleh paksa-paksa orang lain untuk ikut apa yang kita buat dan cakap. saya pun takda nak kejar earning or bagai-bagai, masa blogwalking ada terjumpa juga strategi masing-masing nak tarik pembaca ke blog mereka. Selalunya crita gosip artis atau crita panas aka HOT la kan. Itu bergantung kepada niat masing-masing untuk apa berblog.

Zaman sekarang rasanya tak ramai yang nak tulis diary macam dolu-dolu. Masa dah berubah so, zaman pun kene berubah la pun nyer kan..dolu isi diary dalam beg kasi berat tapi skang lam bag ada Ipad or Tab. huhuhu..sume info di hujung jari. Macam saya slalu kene dengan abang saya..bila tanya jer...sure kene balik...kata abang saya GOOGLE kan ada..type jer macam-macam or berderet-deret info kuar...

di pagi yang best syiok ini mari kita baca doa pagi kekawan sume





bersin punya pasal!!!

 al kisahnya dari Cheras nak ke Umah parents saya ada lalu Wangsa Walk..tetiba teringin nak makan waffle daily fresh..suka bli kat sana waffle dah sejuk pun masih ranggup lagi..sanggup singgah tu semata-mata nak bli..nak awat camner memang peminat waffle dari dulu lagi..dalam nak beli makanan kegemaran terlencong bli dress sehelai, melayang rm100..ada bengang sket pasai diskaun tak dapat banyak..kedekut tull..dah berkenan sangat beli la jugak..baju tu ada saya pakai masa kat entry * open house + majlis bertunang*..

skang baru masuk cerita waffle..mak ehh ramai pulak bebudak order waffle neh...korang neh xg beraya tempat lain ker...actually masa tu raya ker 4 atau ke 5 kot..pas order tu rasa nak bersin...achummmmm...pusing blakang ( xkan nak bersin kat depan kan..sungguh kurang sopan)sambil tutup mulut...che che sopan sket kononn..skali blakang saya rupanya kawan skolah lama masa kat SMPT KL..last jumpa masa 1996..dah anak 3 dia..rezki2..saya??? masih belum lagi..doa2kan yea..

with nor aini

sorry to aini tak dapat datang umah masa 16 sept haritu..akan saya datang hari lain nanti insyaallah

Open House + Majlis Bertunang

last two weeks pergi open house + majlis bertunang kawan skolah..terkejar-terkejar juga siap lepas keje petang sket baru gerak..kat Kajang jerk. masa pergi hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan..pastu boleh sesat bebagai sana sini..keroncong perut ku huhu..alhamdullilah makanan disajikan pun sedap walo simple..thanks to mak Ida sebab siap bekalkan sup daging tuk kami berdua...memang sedapp..malas cakap banyak just tengok pic ajer..

me & ida--tahniahhh

ima & ida..hepy lepas mamam

ima & me..

me, myself...berangan huhuhu


**mood suke bkerja *_^

salam semua...

semalam kerja balik lambat, weekly report dah siap jadi hari ni relax sikit. Boleh la berblog , rasa lama xda update apa-apa. Cuaca kat luar pagi ni mendung lau kat umah ni lepas subuh sure sambung tito sampi tengahari ))..

nak tunjuk sket mood happy bekerja hari ni


bacaan al-quran online

salam semua,

sebenarnya hari ni search buku-buku online, di zaman teknologi yang moden ni kan semua info di hujung jari..ada satu website saya jumpa berguna untuk semua..INSYAALLAH

sila click sini surah online

Senarai Surah dalam Al-Quran




Senarai 114 Surah :1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) سورة الفاتحة
2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) سورة البقرة
3. Surah Ali 'Imran (Keluarga Imran) سورة آل عمران
4. Surah An-Nisaa' (Wanita) سورة النساء
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan) سورة المائدة
6. Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan) سورة الأنعام
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) سورة الأعراف
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) سورة الأنفال
9. Surah At-Taubah (Taubat) سورة التوبة
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.) سورة يونس
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.) سورة هود
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) سورة يوسف
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh) سورة الرعد
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.) سورة إبراهيم
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) سورة الحجر
16. Surah An-Nahl (Lebah) سورة النحل
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam) سورة الإسراء
18. Surah Al-Kahfi (Gua) سورة الكهف
19. Surah Maryam (Siti Maryam) سورة مريم
20. Surah Taahaa سورة طه
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) سورة الأنبياء
22. Surah Al-Hajj (Haji) سورة الحج
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) سورة المؤمنون
24. Surah An-Nuur (Cahaya)سورة النّور
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan) سورة الفرقان
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair) سورة الشعراء
27. Surah An-Naml (Semut) سورة النّمل
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita) سورة القصص
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah) سورة العنكبوت
30. Surah Ar-Rum (Masyarakat Rom) سورة الرّوم
31. Surah Luqman (Luqman) سورة لقمان
32. Surah As-Sajdah (Sujud) سورة السجدة
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) سورة الأحزاب
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’) سورة سبأ
35. Surah Faatir (Pencipta) سورة فاطر
36. Surah Yaasin سورة يس
37. Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur) سورة الصافات
38. Surah Saad سورة ص
39. Surah Az-Zumar (Rombongan) سورة الزمر
40. Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman) سورة غافر
41. Surah Fussilat (Dijelaskan) سورة فصّلت
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan) سورة الشورى
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) سورة الزخرف
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut/Asap) سورة الدّخان
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut) سورة الجاثية
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) سورة الأحقاف
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w.) سورة محمد
48. Surah Al-Fat-h (Kemenangan) سورة الفتح
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) سورة الحجرات
50. Surah Qaf سورة ق
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan) سورة الذاريات
52. Surah At-Tur (Gunung) سورة الطور
53. Surah An-Najm (Bintang) سورة النجم
54. Surah Al-Qamar (Bulan) سورة القمر
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) سورة الرحمن
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan) سورة الواقعة
57. Surah Al-Hadid (Besi) سورة الحديد
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu) سورة المجادلة
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) سورة الحشر
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji) سورة الممتحنة
61. Surah As-Saf (Barisan) سورة الصف
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) سورة الجمعة
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik) سورة المنافقون
64. Surah At-Taghabun (Saling Untung dan Rugi) سورة التغابن
65. Surah At-Talaq (Cerai) سورة الطلاق
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan) سورة التحريم
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan) سورة الملك
68. Surah Al-Qalam (Pen) سورة القلم
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar) سورة الحاقة
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik) سورة المعارج
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.) سورة نوح
72. Surah A-Jin (Jin) سورة الجن
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut) سورة المزّمّل
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselimut)سورة المدّثر
75. Surah Al-Qiamah (Kebangkitan) سورة القيامة
76. Surah Al-Insaan (Manusia) سورة الإنسان
77. Surah Al-Mursalat (Yang Diutus) سورة المرسلات
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar) سورة النبأ
79. Surah An-Naazi’aat (Yang Mencabut) سورة النازعات
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka) سورة عبس
81. Surah At-Takwiir (Menggulung) سورة التكوير
82. Surah Al-Infitar (Pecah Belah) سورة الإنفطار
83. Surah Al-Mutaffifiin ( Golongan yang Curang) سورة المطفّفين
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah) سورة الإنشقاق
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) سورة البروج
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam) سورة الطارق
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi) سورة الأعلى
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa yang Menggelisahkan) سورة الغاشية
89. Surah Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari) سورة الفجر
90. Surah Al-Balad (Negeri) سورة البلد
91. Surah Asy-Syams (Matahari) سورة الشمس
92. Surah Al-Lail (Malam) سورة الليل
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang) سورة الضحى
94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah (Kelapangan) سورة الشرح
95. Surah At-Tin (Buah Ara) سورة التين
96. Surah Al-‘Alaq (Gumpalan Darah) سورة العلق
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan) سورة القدر
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata) سورة البينة
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) سورة الزلزلة
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang) سورة العاديات
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar) سورة القارعة
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah) سورة التكاثر
103. Surah Al-‘Asr (Waktu) سورة العصر
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat) سورة الهمزة
105. Surah Al-Fiil (Gajah) سورة الفيل
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy) سورة قريش
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna) سورة الماعون
108. Surah Al-Kauthar (Melimpah-ruah) سورة الكوثر
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir) سورة الكافرون
110. Surah An-Nasr (Pertolongan) سورة النصر
111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api) سورة المسد
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas) سورة الإخلاص
113. Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari) سورة الفلق
114. Surah An-Nas (Manusia) سورة النّاس
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Quran

bila banyak-banyak timbul masalah juga

banyak cakap
boleh timbul...tersinggung la etc....
banyak chat juga cam whats app ke BBM
pun boleh kawan2 terasa atau kita terasa kat kawan...padahal niat nak bergurau
banyak berfb pun >>> boleh melalaikan sampai lupa nak buat perkara wajib
senang crita bila banyak-banyak perkara yang entah apa-apa kita buat
lagi banyak dosa kita dapat..

oleh itu sempena hari yang baik ni (JUmaat) marilah kita mula buat banyak-banyak perkara yang bermanfaat yea

byee

Selamat Hari Raya & Merdeka Uolsss

waktu ni saya percaya ramai sudah pulang ke kampung halaman untuk bersama dengan yang tersayang
terimalah ucapan iklas dari k.a.m.i..


semoga perjalanan anda selamat pergi dan pulang

make a wish..& ...last ramadhan

hari ni hari hari hari lahir saya yang ke tuttt...masih lagi 20-an la ;)) dah beberapa kali juga birthday saya jatuh pada bulan RAMADHAN. oleh itu persiapan hari raya lebih diutamakan dari birthday saya ini...huuhu**mode---SAD (( **

dulu--teringat zaman kecik-kecik...every year tak sabar nak celebrate Birthday. kadang-kadang rasa cam paksa mak pun ada nak buat majlis..tapi masa tu kecik xpaham bab-bab kekurangan duit neh.ye lah adik-beradik kami ramai ada 8 orang dan saya ke 7...apa nak cakap ja..xdapat menangis..huhu tak patut tak patut.. bab dapat hadiah tu paling best..siap tuntut hadiah kat kakak kakak dan abang abang ...ajak kawan-kawan datang rumah......

zaman sek men dan kolej - masa ni pun sronok gak ngn kawan-kawan..ada siap baling tepung dan telur. makan kat luar ramai-ramai..masa tu standard lah..KFC/Pizza Hut/Mcdonalds...

zaman keje--masa ni ada ayat dari Emak membuat saya tersentuh dan sedar seketika...memang ada kebenarannya...masa tu birthday abang saya dia celebrate ngn kawan-kawan kat luar..mak kata +- mcm ni lah bunyiknya...'hari lahir belanja kawan-kawan bukan nak belanja dan terima kasih kat mak' ...tersentap saya terdengar ayat tu..sejak dari tu setiap hari lahir saya, saya akan beli kek dan belanja parents saya..kalau pokai sangat masa bulan tu penah saya beli 1 slice jer cheese kek untuk emak sebagai ucapan terima kasih sebab dah lahir & besarkan saya..

sekarang- alhamdullilah dah beberapa tahun ni kami adik beradik setiap kali hari lahir emak & aboh dan fathers & mothers day kami kumpul semua buat majlis kecil kecilan for our parents

********thanks to emak kerana melahirkan,mendidik,dan membersarkan saya sampai saya besar dan comei hehe..dan thanks to Aboh juga********


baju?? korang balik KAMPUNG ker

salam sume,

tadi lunch hr ke Pavilion bersama colleq..hajat dia nak bli kasut raya kat PADINI...masuk-masuk xda yang berkenan..aleh-aleh saya juga yang beli flat shoes kat ALDO, ok lah ada 50%. Lepas tu nak tgk shoes kat PARKSON plak ade yang berkenan but last pair jadi cam tak best, aleh-aleh saya yang bli baju raya kat  SALABIANCA. ok juga kaftannya xda jarang sangat. Actually, memang saya berhajat nak beli satu baju raya pun, hajat di hati nak bli di jalan TAR or Care4 or Tesco tapi memandangkan tempat-tempat camtu ramai orang maka beli lah baju tadi..korang sume bape pasang baju tahun ni? saya??? cukuplah sepasang.





This yr kami tak balik kampung cuma raya di KL saja. Abang-abang dan kakak sume dorang balik umah mentua..kurang meriah raya tahun nie..tak syok raya kat KL. kat kampung memang penat sikit sebab kami balik rumah PUSAKA jadi banyak lah yang perlu dikemas dan cuci semua barang-barang yang nak dipakai. Masa adik beradik ramai belum kahwin rajin la semua nak kemas, tapi lepas dorang sume dah ada anak-anak kecik agak 'M' juga nak mengemas.

Apa kita boleh buat kat kampung ea...kat kampung kami boleh

.. boleh lepak-lepak kat luar rumah sambil hirup udara segar
.. boleh suka-suka masuk depan dan sekeliling rumah sebab tu rumah sedara mara
.. boleh main MERC**..apa jenis pun..kedebom sana sini
.. boleh pasang pelita/panjut
.. boleh jumpa kekawan lama sebb saya dlu skolah kat kg jap
.. boleh boring2 g rumah depan **aim kuih yang sedap dimakan berulang2 he3
.. best tengok kereta bersusun kat laman umah

kira panjang dan pendek kata sume boleh..memang best.. korang der?? hehe..kami adik beradik memang dah di ajar dari kecik asal raya balik kg..asal kg balik raye..harap-harap next yr dapat buka rumah pusaka lg..insyaallahh



makan sama kUCIng

semalam saya berbuka dengan K.u.C.i.N.g......uolsss...cayer ke tak??...xder la bukan makan sepinggan..offcos la dia duk bawah kan..saya berbuka di Cafe PPUKM..nasib tak ramai orang semalam..selang dua kerusi ada pakcik duk sorang..tetiba masa nak berbuka ada sorang brother duk join pakcik tue...masa berbuka perbualan mereka

pakcik: anak ni jumpa siapa di sini?
brother: saya tunggu isteri saya masuk kecemesan bukan kritkal
pakcik: ooo...kenapa tu nak?
brother: ***saya pun xclear dengar..pastu dengan brother ni story psl dia baru 2 tahun kahwin da ni kira baru wife pregnant 3 bulan..
pakcik: ooo pakcik tunggu isteri pakcik ...bla bla bla

saya :  betul apa brother ni cakap yang hidup orang tak semua sempurna walaupun di mata kasar cukup semua macam kerjaya dan keperluan hidup.tapi ada orang nak anak belum dapat anak lagi..bila dah nak dapat anak macam-macam *complikasi lagi..bila saya dah ulang alik ke hospital banyak kali membuatkan saya insaf lagi..ya allah aku bersyukur padamu kerana aku masih sihat jika dibandingkan dengan mereka-mereka ini..ada yang luka dan patah sana sini..



ada sekali tue masa di tempat kecemasan nyawa pakcik sorang nie di hujung dan doktor suruh panggilkan ahli keluarga yang lain, isteri pakcik tue dah menangis ..tak tahu pakcik tu masih ada lagi ke tak sekarang nie..bila ingat balik membuatkan semangat saya kuat untuk mengharungi segala masalah yang ada sekarang dan sentiasa fikir ada orang lagi susah dan teruk daripada kita sebenarnya. Tapi kadang-kadang tak dapat lari dari kelemahan manusia itu sendiri macam rasa *down*...fikir y me? y me? kan kan..

eh pasal kucing tu sebenarnya sebelum ke PPUM saya dah tapau nasi kukus ayam goreng..tetiba masa kat cafe saya terkenan plak kat ikan sekor ni..makaaa belilah ikan tersebut RM3..nafsu katakann..skali hah!! amik ko...saya tak dapat nak abis kan ikan ngan ayam..alhamdllah ada kucing sekor ada..pe lagi banyak juga saya kasi dia makan sampai last skali nak kasi ayam lagi Kucing tu plak yang surendder blah dengan kekenyangannyaaa...nasib tak membazir buang camtu jer..

musibah & tak faham sikap manusia

الحمد لله

masih berkesempatan untuk berpuasa lagi hari ni..lama rasanya tak berblog..bukan apa..masa keadaan tak mengizinkan padahal jejari ni * oppss jari i tak runcing sangat okay* rajin nak menaip..

cuma boleh dikatakan musibah telah melanda kami..dari segi masalah kesihatan..
saya sendiri tidak percaya sesuatu perkara sihir terutamanya, tetapi bila dah kene kita ikhtiar sahaja. kenapa? kenapa? manusia ada sifat mendengki sesama manusia, padahal kita tidak menganggu kehidupan orang lain. sepatutnya bersaing secara sihat tidak kira di tempat kerja mahupun di dalam perniagaan.

saya redha dengan apa yang jadi, dan menganggap ada hikmah disebaliknya nanti..sempena ramadhan ini sentiasalah memohon keampunan. Ini masa  susah saya & suami..esok masa anda pula..bagaimana??? sesungguhnya kami telah diuji pada ramadhan kali ini..dan tak da semangat nak beraya walaupun tahun pertama untuk beraya dengan en somi....

kesabaran amatlah diperlukan ketika ini

andai dapat di ulang semula

sorry uols saya masih tak dapat lagi nak update pic cuti2..Mr F saya xsehat smpi check in kat spital 1 week gitu..

bila dah lepas kenduri kahwin, segala info mengenai kahwin semua saya takda buka dan google lagi..kalau tak sebelum kenduri pantang ada free saja cari info lagi dan lagi.
tadi buka punya buka.. tjumpa link abang acai punya blog, dia wedding photographer. tengok punya tengok jumpa pic nie guna bunga tangan cantik sangat.. memang simple..creatif betul mereka-mereka ini

maap ya bunga tangan itu bukan dari gula2 jelly yea..itu dari butang..tp saya pulak rasa macam nak makan jew..p
 
credit: http://www.faisalrahim.com/blog/




ini satu lagi pun chantek


haikalkhairuddin

nak tengok lagi banyak2 pic sila lah ke blog mereka.. 


Ini membuatkan saya rasa andai dapat diputar putar semula masa..tapi nak wat macam mana doraemon takda kat malaysia neh ( berangan betul)...jadi masa tidak mungkin di ulang semula..
Sebenarnya setiap event yang berlaku dengan jaya nya adalah dengan kerjasama dari semua-semua pihak yang terlibat..
Masa majlis saya dulu pun memang sempat cari info psl hantaran, baju dan bagai2nya...TETAPI tidak semua yang dirancang dapat di jadikan sebab kita tak dapat nak control semua bila sampai dalam sesuatu keadaan...mana yang ada dan mana yang sempat jer..akan diguna..kira macam tu lah bunyiknya..

alhamdulillah majlis dah selesai pun..tetiba hari ni gatai tangan nak cari info pasal kahwin lagi..hihi




hobi baru kami

happy moday uollss..sebelum mula kerja mari mulakan ceriakan hari anda dengan menaip blog ini..assalamualaikummm dan salam sejahtera..
source:google


saya dan F (huruf pertama dari nama suami saya) ada hobi baru..ialahhh..nak pergi "out of coverage" setiap bulan..means pergi jalan-jalan Malaysia. nanti saya uploadkan gambar-gambar tempat yang kami dah pergi setakat ini. Untuk next vacation, tempat pilihan lebih kepada luar bandar, tempat hijau yang banyak, laut atau lebih senang jauh dari hiruk pikuk yang boleh memeningkan kepala kita semua..

selamat bekerja semua...♥♥♥

kerja tempat baru tak ok??

Lumrah dalam kehidupan manusia akan bertukar-tukar tempat kerja. Bekerja perlu  wajib untuk hidup sebab nak guna tuk makan, dan macam-macam lagi. Ada orang kata tukar tempat kerja itu bagus sebab akan sentiasa ada kenaikan gaji atau pangkat. Allhamdullilah saya melalui proses itu.

Pandangan saya, bila kerja di tempat baru ada orang lama yang tak suka. especially bab-bab nak mengajor junior ni kan. Dorang ni dah biasa kerja cepat mana taknya hari-hari menghadap menda yang sama, yang baru pulak terkial-kial macam siput **** hehehe. cer cite cer cite yang dah lama keje tu mula-mula masuk terus terror ke nak buat??? jawabnyaaa anginnn yang goncanggg ,, terbang burung terbanggg...terselit pulak lagu POKOK ni..best jugak layan...tak kira lah pangkat apa pun tetap kene belajar cara dan budaya di syarikat tersebut. Saya sendiri pun macam tu mula-mula kerja, memang lambat contoh bila buka mic excel nak biasakan template yang ada dan semua flow nak kene faham, agak terasa juga dengan senior yang mengajar kita tu kan.. kan..keje deme tu nak wat cepat nak kejar cut off time ke ape ke lg..kejar dateline nak antor report pulak time tu..



kat sini cuma nak bagi tau saja kat orang-orang lama atau dikenali senior kat syarikat tempat korang keje, layanlah junior anda dengan berhemah, kasi peluang dan ruang untuk belajar dan biasakan dengan persekitaran baru...chewah cam ayat skema jerk..

Bagi junior or yang baru ni pulak kene faham-faham juga dan kene pandai ambil hati dengan orang yang akan bekerjasama dan yang akan memberi ilmu mengajor kita tu. Belanja air or makan ker...kui kui..bodek la tu.. waktu dia buzy tengok ajer dulu, pastu dah ok sikit tanya lagi macam-macam sampai pening

iklan-iklan::: tengah-tengah type coleg panggil pergi receptionist ada sales promotion dari REE SKIN.. sorry saya terus reject sebab ahad close rasa takda masa nak pergi, nak pulak kami saturday kerja memang agak terkejar appmnt nanti. :::

ayat hikmah katanya

Hari ni ada kesempatan baca blog emak haniz zalika..ramai kenal hanis kan kira top blogger juga tu. Seronok baca penulisan blog, walaupun simple penuh dengan informasi keluarga, kehidupan dan yang paling saya suka perkongsian resepi yang simple untuk kita buat. wekend ni nak cuba resepi caramel dengan pancake.

ayat yang paling saya suka dari emaknya iaitu nani rostam dan boleh digunakan sebagai semangat untuk terus maju


 Hidup ini harus ada excitement. Harus berani berubah,mencuba benda baru, perkara baru. Sentiasa bergerak dan bekerja kerana selesa, takut dan malas menyebabkan kita tua sebelum waktunya.  nanirostam


jadi, tak hairan lah bila tengok muka emak hanis ni nampak muda lebih kurang sebaya macam anak dara. tidak perlu merasa selesa dengan apa yang ada. usaha itu tetap ada untuk terus kehadapan.

photographer dan photography ape nie ??

setiap hari sabtu rutin seperti biasa iaitu WAJIB pergi kerja..1/2 day..nak buat macam mana dah dapat rejeki keje kat company macam ni, alhamdulillah..sementara free nak cerita sikit mengenai Photographer untuk wedding saya last year. Mungkin disebabkan stress dengan persiapan banyak yang kita hadapi ntah hape hape keadaan. Kenduri sekarang tak macam dahulu boleh buat prep sekejap sahaja..

Preps saya dahulu boleh dikatakan bermula feb 2010 untuk majlis end of the year (dec), masa ni dewan kene tempah dahulu then baru boleh rancang menda lain. Saya memilih dewan untuk memudahkan semua pihak rasa selesa untuk hadir ke majlis. but terpulang masing-masing untuk pilih venue.

Dipendekkan cerita tak silap Mac kot kami ke kursus kahwin di setiawangsa, kebetulan minggu tu ada pameran pengantin di PWTC. hari ahad abis kursus terus ke pameran dan pada hari tersebut kami ada menempah dua pakej iaitu photo dan pelamin + baju + accs..

kesilapan saya pada masa tue tak expose sangat dengan dunia blogger lagi. selepas tu balik minggu ke minggu saya mula search info di blog dan dari tu rupanya saya jumpa banyakkkk sangat info pasal wedding preps dari segi negatif dan positif. dari situ baru nampak juga ada pakej lain yang lebih cantik dan harga yang berpatutan.

okay, masa book photographer di pameran kami pilih satu *** photographer dengan pakej untuk dua majlis. semasa penerangan dorang menunjukkan gambar-gambar hasil dari principal. bincang punya bincang dan lepas beberapa hari saya buat bayaran deposit dan saya simpan resit tue. Bila nak dekat majlis tue rupanya yang ambil pic kami nanti ialah lebih kurang junior photographer rupanya. so kat sini memang agak mengelirukan customer..if uols jadi saya korang aspek sape yg akan ambil pic kita? tentulah principal pasal masa nak book pakej tu yang dicanang-canangkan adalah hasil gambar principal dan tentulah dalam pale otak kita dia yang akan ambil dan at the end kat form rupanya memang dah ada tanda bukan pricipal ambil. okay silap kami cuma xbaca resit yang ditandakan sampai beberapa hari sebelum majlis baru semak. DEPOSIT 1200 (lebih kurang 1200 or 1300 kot) memang burn..dia xnak pulangkan walau sesen sebab saya cancel. lepas tu memang ada yang kata saya sepatutnya suruh saja mereka ambil gambar nikah sebab dah bayar deposit TAPI sakit hati punya pasal saya dah cancel. JANGAN CARI PHOTOGRAPHER YANG MEMPUNYAI KONSEP BERNIAGA DENGAN KELAS PEMBELAJARAN ITU INI..CARILAH PHOTOGRAPHER YANG BUAT GROUP KECILAN DENGAN HASIL GAMBAR  YANG DITUNJUKKAN  ADALAH HASIL DARI MEREKA SENDIRI. takpelah semoga allah membalasnya tentu korang tau kan nak dekat majlis memang kekeringan duit masa tu dan saya ambil photographer lain untuk nikah saya...thanks sangat2 to AF sudi amik pic saya masa tu..pic dia memang superb. Ada juga yang cadangkan saya pergi Tribunal Pengguna kerana ' promosi yang mengelirukan pelanggan ' tapi disebabkan kekangan masa dan cuti habis saya tak dapat pergi untuk sume itu

fyi, Saya nikah oct dan sanding DEC .Pengajaran kat sini untuk sape-sape nak buat wed prep sila bincang dengan berhati-hati, jangan kelam kabut walopun yang mempromosi tuk kalut ngn kita sebab nak lakukan pakej mereka..try to be cool atau cakap jer rilek bro saya yang nak bayar jadi sila bagi saya masa untuk baca ( hehe ), banyak google di internet, bykan baca di blog untuk pengetahuan org lain dari segi pengalaman mereka, tak semestinya camera dorang tu pakai yang canggih tapi hasilnya haprak ( tak sume la ), yang penting bagi saya tengok hasil-hasil karya mereka di blog atau facebook contohnya..

saya percaya hilangnya deposit sebanyak itu akan ada rezeki di tempat lain.

sendiri lagi...bye bye

wah tajuk kat atas tu cam hape hape jer.tiada kaitan langsung dengan crita dibawah ini..still in the office, sambil dari tadi duk memikirkan apa nak buat. nak karang ayat panjang macam malas hari ni...huh...sebelum ni pun xder type panjang berkajang pun..sume pendek..huhu..

nak story sket pasal keje bley?? ikut sukalah nak hapa hapa pun kan..now dah 3 hari belajar kat department operations, banyak perkara baru di tambah lagi dalam pale otak nie. hidup ni kan menarik dengan sentiasa belajar perkara baru, yang penting menda berpaedah.

hari ni apa saya buat yerk lepas wrkg hour???

aktivit nya ialahhhh buka blog2 lain baca story dorang. Dalam hati terfikir rajin dorang ni upadate selalu blog..seronok baca..saya walopun jarang update TAPI rajin baca blog orang lain. suke tengok upadate pasal kecantikan, fesyen dan bisness. sume tu knowledge tuk kita gak. maklumlah saya ni wekend jarang nak ke shopping complex. pergi bila perlu sahaja. ada ciput sikit , mana taknya lagi sebulan kita nak posa, dan lepas raya nak kene renew rodtax kete ...kua kua ((( nak kene stanby $$$$ tu. So tema raya kami tahun ni.."Bersederhana"...

Bila cakap pasal raya..korang sume perasan tak puasa tahun ni tak banyak sangat dengar iklan jualan murah..." jualan hebat" .."raya di kamdar".......mari pokai hehe..mungkin harga barang dan minyak dah naik ni ramai orang mula berjimat cermat kot ...manalah tau kan baru tersedar nak berjimat pulak...

untuk pengetahuan korang saya ada 7 pasang kain yang masih belum dijahit. memang tak sempat dah nak hantar tempah siap pakai raya...beli ready made udah ler.. eh...apasal banyak jer kain tu eik...?? ...3 pasang orang kasik..4 sendri bli..siap ada yang beli masa last year..tukang jahit peberet saya dah pindah ke Teluk Intan dan kat KL ni masih belum jumpa tailor yang sesuai dengan saya lagi..


pic dalam toilet..sampi ada kawan kata ni 1st time dia tgk org amik gambar lam toilet guna TAB..huhu

end for todayy

Balik juga!!!

Alhamdllh this week dah balik ke ofis asal, sebelum ni keje kat Ofis lagi satu ganti sekejap coleg g meternity leave 2 bulan jerk. kita orang tak dapat 3 bulan. Bestnye kepada sape-sape yang dapt 3 bulan tu kan..siap boleh pergi cuti-cuti mesia lagi. takper saya tak kisah pun sebb belum ada rezki lagi. doa-doakan agar dapat cepat yerk..insyaallah.

Dari hari ke hari nak cari keje lain tak siap-siap resume saya ni. ermm lepas kenduri ni rasa malas membuak buak sampai boleh muntah hahaha..plan nak cari company 5 days a week. senang sikit wekend ada lebih masa tuk family. Adat bekerja dalam setiap organisasi ada orang kuar dan ada orang masuk. Nak keje punya pasal apa syarat pun trima. sekarang ni bukan senang nak cari keje, sume kene pakai cable baik punyer..kalau tak bak kata JAMBU "Apa pun xbole...Apaaaa pun bole" ..

Asal tengahari jer fikir nak makan apa???? apa eik nak makan jap lagi..chiowww dlu...

salam JUMAAT semua...

May no story!!!!!

Actually byk story..tp sibuk memanjang mmg xda masa nak buka bloq..dah nak masuk JUN, cepat betul masa berlalu dan macam2 juga berlaku dalam bulan nie,..kami baru balik dari sarawak. seminggu di sana pun bz juga, maklumlah adik ipar kahwin. ada je barang yang tak cukup itu dan ini..

Bila dah masuk opis mula lah keje melambak-lambak. bulan MEI juga bulan bersejarah buat diri ku..keranaaaaa...alhamdllh diri ku kini sudah bertudung..semoga allah membuka seluasnya jalan kebenaran ke atas diri ini dan keluarga juga.. nanti lah upload pic bertudung..sehari sebelum balik sempat borong skit kat butik minazboutiquestudio..ok jugak kat butiq ni..ada juga ++size..borong lam 200++..tadi baru dapat parcel dari anggunzara ..senang beli tudung online..malas nak merayap kat Jalan TAR..xda geng hihi...

sembuh!!

hari-hari kerja ingat aboh kat spital...saya panggil bukan abah tp aboohh hehe..
aboh masuk IJN since last week..kaki bengkak..sebelum dah demam lama jugak..
makan pun sikit..keje saya time melawat menghabiskan makanan yang aboh xmo makan hehe...dorang kata rugi tak makan..ala makan cket ajer...rasa hari ni xsempat pegi ke IJN lagi..sebab..asal petang je ujan...petang je ujan..so, bila ujan jadi lah JEm nyer dah siap untuk di makan ...traffic jem yer kawan-kawan..

bila renung balik wajah emak dan aboh..rasa mcm xpercaya kedutan yang timbul di wajah mereka menandakan umur yang dmamah usia..pada saya mereka masih seperti dahulu..alhamdllh allah masih panjangkan usia mereka..aboh 69 & emak 61.........saya sayangkan mereka berdua..peringkat usia ini kasih sayang anak-anak sangat lah diperlukan...sapa-sapa yang tidak tinggal sekali dengan ibu / bapa...balik2 tu renungkan wajah-wajah mereka..

doa dari anak mu untuk aboh...semoga cepat sembuh...

Hot...Hot...Pertandingan "Best Entri " SARAHATA GROOMING CLASS



fuhh masih ..masih sempat untuk saya sertai contest ni.harap lah yea...kesibukan melanda sangat..last week dapat pesanan dari dawyah untuk sertai contest ni...thanks to her very2 much, sebernarnya sudah terdetik di hati untuk memakai TUDUNG dan menutup aurat dengan sepenuhnya, ada juga mencari2 grooming class yg sesuai dengan ke 'free' an waktu saya dan alhamdllh waktu 1 hb saya mmg free insyaallh. bila buka link  Sarahata saya amat tertarik dengan contest ini. bagi yang lain senang sahaja nak sertai contest ini..mari mari

Cara-cara :

1.Perlu ada blog
2.Jantina :Perempuan sahaja ;)
3.Menjadi followers di FB/Blog untuk mengetahui update terkini.
4.Perlu letak gambar dibawah di side bar dan link kan ke entri ini.
5.Setiap entri perlu meletak gambar dibawah dan copy paste ayat dibawah ke dalam entri anda.
6.Entri bermula :"Saya berminat mengikuti Grooming Class oleh SARAHATA kerana............................
(tidak melebihi 20 patah perkataan)
7.Kemudian tagged 2 rakan anda
8.Tinggalkan URL link anda di ruangan komen dibawah.
9.Tarikh tutup :29 April 2011
10.Pengumuman pemenang : 30 April 2011


"Saya berminat mengikuti Grooming Class oleh SARAHATA kerana ingin menambah keyakinan diri serta mengubah tanggapan negatif saya bahawa bertudung tidak menghalang untuk seseorang itu berfesyen dalam kehidupan seharian."
 dua orang rakan terpilih ialah:
 izwa 
&
mari semua join contest ini

Hadiahnya :
Mengikuti kelas grooming sarahata dengan PERCUMA.
Pemenang hanya SEORANG sahaja.


Lat Muzikal ..Basi!!

sory uols lambat nak upload..enjoyss

Masa ni saya paling smpi awal..so org xramai lg






Bersarang!!

Salam..

Hai Uolsss..lama dan bersarang sudah blog ini..sebenarnya banyak yang nak di kongsikan..tapi waktu tak mengizinkan..hari ni dan sebulan lebih kat new department..semakin hari banyak semakin banyak yang ditimba sampai penuh la timba tu hehe...

apa aktiviti sepanjang saya xupdate blog ni yek...so saya kasi intro dlu..nanti akan distory mory kat next post eik


MMg best !!
haaa saya dan Mr H..ke IB tuk tgk muzikal nie..mmg fullhouse masa 2 day tak silap on 17 march 2011..
okay uols saya nak balik dlu..sabtu keje 1/2 day..hemm membosankan..what to do..i need $$$$$ hehe

Naikkk dan Naikkk

lama xupdate blog...windu kat korang2 sume

skang ni pergi makan mana2 harga makanan sume naik...minyak mmg naik dah bape kali ntah..yg semua-semua naik ni memang sah sah takda turun nyer...

cuma satu je tak naik...gaji...hehehe..naik pun takda rasa beza..baru nak rasa lebih sikit dah ke kos tuk makanan + myk...keperluan wajib tue...kalau tak dapat nak zoom sana sini ...nak tuang air pun tak boleh kat tangki minyak kete ..he3..jahanam..

alhamdllah awal Feb pindah ke department baru dan anak syarikat yang lain..but temporary only..my collg nak bercuti bersalin nanti..bagusnya lagi dapat menambahkan ilmu. agak buzy juga masuk kat dept ni..sebab tu jarang sket dapat nak update..balik pun dah lewaat..balik umh masak sket then tidooooooo..

okay nanti update lg byeee

mood: saya mau holidayzz

adeh adeh......kenapa kenapa???
 .
.
.
nak g holiday kat mana eik best..

CNY cuti panjang apa nak buat !!!??

Hai uolss ...baru kesempatan nak update hari ni...CNY last week mmg long holidays kan..uols wat apa??..akibat nak pergi cecuti sesangat dan lambat booking kesemua tempat dah fully booked okays..ada cadangan nak ke PD and Melaka..tapi saya macam ada berat sikit nak ke sampai Melaka tu bukan pasal apa ...pasal saya fikir sure jammed tahap kaya yang jual2 kat kedai2 sume abis la hehe..jammed aka sesak jalan..aleh-aleh hari Khamis tu Mr hubby ada google kat Janda Baikkkkkkk dan kami dapatlah booking last minute kat satu tempat niee.{ Clicks..clicks }. malas nak story morning glory panjang-panjang..just enjoy the pic
.
.
.


laluan tengah antara 2 kolam atau tasik..kerete pun boleh lalu..UNTUK HANTAR BARANG2 SAHAJA..
3 pointurn - view antara 2 tasik

ni view pagi-pagi buta..angsa ni pun awal bangun siap g mandi lagi



challet lake view RM145 semalam

Challet river view RM125
sapa2 minat nak berkhemah pun boleh..boleh bawa sendiri atau sewa dari resort



laluan antara challet




Yezza sudah dapat ikannnn
                                                                             




Puyu Siam


sapa bosan-bosan boleh tengok astro kat sini



view sungai

waterfall

tempat BBQ disediakan..kene charge RM25..


kebersihan di utamakan

hanya laluan Jalan Kaki sahaja di antara challet..kerete kene letak kat entrance


Activity Federal Territory!!

Entah apsal semenjak dua tiga menjak ni rajin nak buat kek, roti dan bagai2 waktu dengannya lah..so isnin pas balik g shop barang2 nak buat menda tu kat JJ Maluri..sampai umah dah kul 10pm ..erm tak jadi nak buat malam tu dek kepenatan round satu JJ tu kan..nasib ada bli piza segera RM9.90 jer..sedap gak..
Oleh kerana semalam cuti tuk WILAYAH sahaja okay!! saya bangun awal temankan En. H ke SAE institute kat USJ 9..Balik tu bermula lah projek saya itew..
malas nak crita panjang..terus tgk pic udah ler kan..hari ni keje ..mood dah cuti actually..hahaha..malas mau type panjang..ini hasil nya tenggg tennggg
/
\
/

cheese kek ..guna loyang 8" ni je tg ader kat JJ lain dah xda stock..abaikan comot2 tepi tue..sebab saya dah makan skit ;)


dlu skolah teknik amik bakery course..lama tak ngadap menda ni..agak2 10 tahun sudah
/
\
/
ni plak pizza..lupa nak amik pic lepas masak tu..dah lapasr sgt..dah tinggal separuh baru nak amik pic..sedapgak...recepi simple2 aja..
thanks tu ummi { homesweethome }  dengan recepi di atas..nak kene practise lagi neh..


Penghargaaan 1..Yeayyy

alhamdullillah...hari ni genap untuk bulan january 2011...perhargaan apa???...hihi..penghargaan untuk diri sendiri kerana saya tidak mengambil Cuti Sakit atau femes a.k.a MC ..saya akan cuba kekalkan di bulan2 akan datang insyaallah..

ada beberapa kategori cuti kat Malaysia ni...antaranya...
**pssttt saya tak pasti sume list di bawah betul ke tak..just share info sahaja...jgn amik serius sgt tau..


AL – Annual Leave.
EL – Emergency Leave.
MC – Medical Certificate....( ni yang paling femes la ) ;p
Mat. L – Maternity Leave.
Pat. L - Short for Paternity Leave. For men who spouses are on ‘Mat. L‘ as mentioned above.
Patrick Lee
POL – Pissed Off Leave. When you’re super annoyed with something or someone at work, and refuse to go in the next day. Maybe in the form of MC or EL. Usually based on some trivial reason like ‘stomachache‘ or ‘cat died‘.
CL – Compassionate Leave. Usually given when a member of immediate family is sick or has passed on. Subject to rampant abuse by unscrupulous employees who say they ‘have very big but close family‘.
FL – Football Leave. Applied on the day your team loses the Champion’s League final at 3.00am in the morning.
SL – Singles Leave. For unmarried people who are ineligible for Mat. L and Pat. L, so they are given a few days off every year to actually go and socialize and find a spouse. Number of days you are entitled to increases with your age. To increase your chances, la.
FDSL – First Day of School Leave. Parents need to accompany their kids to the first day of school / kindergarten / nursery / pre-nursery / music appreciation class.
source: { simontalks }

kepada lain-lain tue jangan salah guna MC anda tue..amik bila perlu sahaja atau betul2 sakit tau..nak plak skang ni asyik tengkujuh sana sini..jaga kesihatan baik2..

as reward to myself..malam ni nak masak pizza..



its all about you




enjoyssss seblm balik keje rini...waaaa tgl saya sorang di opis...tu rrr rini masuk lewat ((...its because of you im late kakakaka

Malam Jumaat!!! best..

Hye uolss..

Ramai suke hari Jumaat or Friday..tak paham gak gi google hahaha..mesti la suke sebab esok korang sume dah tak keje..siap pergi keje rini pakai tak formal dengan jeans lah..segala bagai fesyen lah..hemm pas keje pergi ronda-ronda terus kan kan..patut la KL ni kul 4pm ++ dah mula sosak....

saja ja menghotkan tajuk di atas...yang kene mengene Jumaat jerk..haha


tapi...tapiiiii!!! kitaorang kat opis ni tak dapat la nak merasa cam korang2 sume..sebab sebab hari SABTU a.k.a Saturday ..kami kerja halfday maaaa ...so balik rumah tito la...cam kucing kat atas tue..dapat sebulan sekali jerk OFF saturday..


hehe slalu kene 'usik' ngan adik bradik kalau kami da nak buat apa-apa event on sat ..saya sorang je keje lain sume cuti waaaaaaaaaaa...nak wat camne rezki masih disini..Planning tuk keje tempat lain ada....insyaallah

quote hari ni :
Kita kalau takut nak bertarung, tak kan maju kehadapan.. Jgn terlalu berfikiran negatif, itu tak kan bawa kita kemana2 juga. Ada cita-cita? Perjuangkan matlamat hidup anda. Saya tidak sempurna tapi saya ingin maju menjadi org yg sgt berguna!.: Datin Lynda Rahim..

Lunch !!

Beberapa hari lepas LUNCH di Q Thai..bersama rakan sekerja..slalu order Emperial Noodle..tapi kali ni cuba menu lain laks..

menu


Lemon Tea No Ice...baik tuk kesihatan p



Garlic Sauce Chicken With Rice

Kerabu Mangga !
 Telur Dadar  kot...